Total Pageviews

Shopping Baju Raya Di Prima Valet

Raya dah dekat ni? Korang dah cari baju raya ke? Kalau tanya aku . Alhamdulillah dah. Beli dekat mana? Beli di Prima Valet, Bangi 




Bercakap pasal baju raya ini, mesti korang nak cari tempat baju raya murah kan? Aku akui tahun ini ramai yang cakap baju raya mahal lah, tak kena dengan harga lah. Oleh itu, apa kata aku cadangkan korang shopping je di Prima Valet

Nak kata murah sangat tu taklah. Tapi apa yang aku boleh cakap harga di Prima Valet sangat berpatutan. Kenapa aku boleh cakap macam ini? 


Sebabnya masa aku pergi tempoh hari dan bandingkan harganya. Boleh dikatakan berpatutan. Bayangkanlah macam baju melayu sepasang  + samping + songkok korang boleh dapatkan dalam satu harga. 



Pilihan? Jangan cakap lah ada banyak pilihan yang berinspirasikan dari  Elrah Exclusive, menampilkan gaya pilihan artis ada dekat sini. Antaranya adalah Fattah Amin, Shaheizy Sam, Wak Doyok, Amy Search, Anzalna, Asyallee dan banyak lagi. 



Macam aku, koleksi dari  ElrahExclusiveXFattah Amin menjadi pilihan. Sempat juga lah aku ambil baju melayu Fattah Amin sepasang dan kurta Fattah Amin sehelai. Plan aku nak pergi lagi ke Prima Valet ini untuk dapatkan jubah Fattah Amin pula. barulah lengkap kan! 




Sebenarnya aku nak beli untuk ayah dan best friend aku sekali. So adalah dekat 8 pasang aku borong dekat Prima Valet ni nanti! Hahaha 


Yang bestnya kalau korang shopping di Prima Valet ini, korang akan dibantu pekerja disini. Boleh dikatakan dorang mengamalkan konsep 1 Pelanggan 1 Staff . So senang lah korang nak shopping dekat sini 

Tips untuk korang datang ke sini. Datang awal dan tunggu happy hour. Dimana semasa happy hour ini, dorang akan turunkan harga giler murah weh! 

So, sebelum datang, plan betul - betul. Apatah dah nak raya ni kan? Jangan lupa shopping raya di Prima Valet


ALAMAT : PRIMA VALET OSTIA BANGI ( BERSEBELAHAN TOL BANGI) 

No comments: