Ressa Herlambang Bakal Bawa Bakat Baru Dari Malaysia Ke Indonesia
Pernah dengar megenai nama Ressa
Herlambang? Jika dahulu , lagu penyanyi ini, Menyesal sering kali bermain di
layar televisyen dan juga corong radio.
Siapa sangka, kini sudah 12 tahun Ressa
Herlambang berjuang sebagai seorang artis dan karyawan seni yang cukup
berkaliber
Terkini, penyanyi yang berusia 32 tahun
ini menyatakan hasrat beliau untuk membantu membawa dan mengembangkan penyanyi
dan bakat baru dari Malaysia ke Indonesia. Beliau ditemui baru - baru ini
ketika majlis Iftar bersama Ressa Herlambang dan juga Fedi, bakat baru dari
Indonesia yang bernaung di bawah syarikat produksi Ressa, Ressa Herlambang
Productions
Siapa sangka Fedi yang kini popular
dengan lagu single beliau, Jatuh Cinta, baru sahaja berumur 17 tahun dan
merupakan penyanyi pertama bernaung di bawah Ressa Herlambang Productions
Aku pun sempat ke majlis
iftar ini dan sememangnya dari dulu suka dengan suara Ressa Herlambang yang
lunak. Melalui kerjasama dua negara ini. Ressa yakin yang beliau bakal membawa
suatu kelainan pada industri muzik .
Jika dilihat pada perkembangan industri tanah air, hanya
segelintir penyanyi kita yang dikenali disana. Antara nama - nama besar yang
dikenali di sana adalah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Amy Search
dan beberapa individu lain.
Dengan kerjasama yang bakal dijalinkan ini, Ressa berharap agar
lebih ramai lagi bakat - bakat baru dari Malaysia bakal diketengahkan dan
menembusi pasaran muzik Indonesia
No comments:
Post a Comment