Pengalaman Berbuka Di The Everly Putrajaya | Sedapnya Nasi Ambeng Dekat Sini !
Korang dah baca entry aku mengenai buffet ramadan di The Everly Putrajaya? Kalau belum, silakan baca. Sebabnya ada yang persoalkan aku dibayar la apalah. Kengkonon entry aku macam bias lah
So untuk buktikan kepada korang. Kali ini aku datang sekali lagi ke The Everly Putrajaya. Tapi kali ini aku tidak keseorangan dan tidak bersama kumpulan blogger sahaja. Tetapi kiteorang ditemani followers di media sosial seramai hampir 8 orang sebagai testimoni makan di sini
Baca entry lepas disini
Berbanding dengan ramadan preview tempoh hari, of course jumlah makanan berkurangan. Aku difahamkan setiap hari menu akan rotate bagi mengelakkan pengunjung menikmati menu yang sama.
Walaupun berkurangan, namun ada beberapa kejutan yang aku tidak sangka di The Everly Putrajaya. Antaranya adalah
- kiteorang masuk agak lewat. Dan expectation mesti tak ramai orang. Rupanya ramai orang weh! manakan tidak dengan harga RM78++ agak murah untuk hotel seperti ini
- Hari tu aku pernah tanya chef disini, kenapa tak ada minuman jus segar. Jawapan yang aku dapat dorang hanya sediakan kordial. Tetapi waktu aku pergi siapa sangka? Ada banyak jus segar seperti Jus Asam Boi, Tembikai, Tebu dan Barli disediakan. Laris!
- Menu tarikan disini, Nasi Ambeng sentiasa menjadi pilihan ramai! Dia punya sambal jawa power!
- Selain Nasi Ambeng, menu seperti laksa, sup gearbox dan buah - buahan tempatan yang sukar didapati turut menjadi pilihan ramai
- Ruangan solat yang cukup selesa dan besar. Untuk yang lelaki mungkin biasa tapi aku difahamkan di ruangan solat wanita cukup terjaga dimana telekung yang telah dipakai mestilah diletakkan di dalam bekas khas. Jadi setiap wanita yang ingin solat akan mendapat telekung baru yang bersih
- Ruangan parkir juga besar!
Tu antara komen aku lah, Kalau korang tak percaya, boleh baca testimoni followers kiteorang di bawah
So orang Putrajaya dan korang yang berminat untuk berbuka disini, tempah sekarang!
So jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi
03 - 889 229 21
03 - 889 229 29
018 - 223 1310
atau email : norazzah.omar@theeverlygroup.com
No comments:
Post a Comment