Meriahnya Sesi Pemberian Set Berbuka Dari Fonterra
Dah lama rasanya tak tengok sesi pemberian juadah berbuka di masjid. Seingat aku kali terakhir aku tengok dan merasai sendiri sesi pemberian ini adalah masa aku darjah tiga. Hampir berpuluh tahun juga
Baru - baru ini, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melihat kemeriahan sesi pemberian set berbuka dari jenama produk tenusu terkenal, Fonterra di Masjid Al- Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Bangsar.
Sempena dengan hari susu sedunia, Fonterra telah mengambil kesempatan untuk meraikan bulan ramadan dan juga hari susu sedunia dengan mengedarkan set juadah berbuka kepada orang ramai dan penduduk sekitar.
Meriah weh! Tak sangka ramai betul yang datang untuk dapatkan set berbuka ini. Mana tidaknya, di dalam set berbuka ini terdapat nasi beriani, bubur lambuk, minum kultur CalciYum, Susu Fernleaf dan Anlene dan juga kurma
Turut memeriahkan majlis adalah, Managing Director Fonterra Malaysia, Mr Jose Miguel Porraz Lando yang segak berbaju melayu biru.
Sebabnya dorang edarkan produk Fonterra adalah bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai khasiat produk mereka. Yer la bulan puasa ini perlukan tenaga yang mencukupi jadi dengan produk - produk Fonterra ini mampu memberikan tenaga dan berkhasiat!
Mesti korang tertanya kan apakah simbolik Hari Susu Sedunia ini? Hari Susu Sedunia ini adalah inisiatif Food and Agricultural Organisation (FAO) yang disambut satu dunia bagi memberi kesedaran mengenai kebaikan produk tenusu dan kelebihannya
Jadi ingat susu, ingatlah Fonterra!
No comments:
Post a Comment