Tempat Makan Sedap ? Gunakan Aplikasi Jalan - Jalan Cari Makan
Nak makan apa ? Entah...kau nak makan apa? Entah... Kau ada idea? Eh cepatlah nak makan mana? Dah tu kau nak makan apa ?
Percaya atau tidak inilah dialog yang sering kali muncul setiap kali nak membuat pilihan nak makan dekat mana. Betul tak?
Jangan tipulah aku selalu je hadap soalan ini sebabnya jenis aku la yang akan cakap ni hahahah .. Serious weh bab makan ni memang complicated aku lebih suka kalau orang yang buat keputusan dan aku follow je
Sekarang dah senang, gunakan saja Aplikasi Jalan - Jalan Cari Makan ( JJCM ) dari Media Prima Digital yang membantu korang untuk membuat pilihan tempat makan yang sedap atau tempat makan best
Baru - baru ini aku berkesempatan untuk ke Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan - Jalan Cari Makan yang diadakan di Jibby East, Sunway Montana Kuala Lumpur. Majlis ini telah selamat dilancar dan berlangsung begitu meriah dengan kehadiran rakan - rakan media dan blogger
Bukan sahaja mudah, malah aplikasi JJCM ini special tau sebabnya JJCM telah bekerjasama dengan Offpeak bagi membolehkan korang yang menggunakan aplikasi ini menikmati diskaun sehingga 70% bagi restoran yang terpilih menerusi "Offpeak Deal" yang dikemaskini setiap hari.
Dengan hanya beberapa langkah mudah, korang tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran korang.
Mesti pernah kan? Beratur panjang bagai kena pulak restoran tu tengah viral. Sekarang dengan aplikasi JJCM ianya sangat mudah. Caranya :
- korang hanya pelu memilih restoran pilihan korang
- masukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung.
- Korang kemudiannya akan menerima pengesahan tempahan menerusi emel.
- Siap dan korang tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar untuk makanan korang je. Simple!
Bukan itu sahaja, Aplikasi JJCM ini dah upgrade dengan carian melalui GPS dimana korang boleh mencari lokasi makan yang menarik berdasarkan nearby korang. So kalau korang travel atau tak tau senarai restoran sedap just tengok carian di JJCM
Dalam majlis yang sama, kempen #SeringgitSeribuKebaikan telah diperkenalkan dimana korang boleh menghulurkan sumbangan ikhlas bermula RM1, RM3, RM5 dan juga RM10. Sumbangan ini akan digunakan untuk membiayai 4 rumah kebajikan terpilih sepanjang bulan Ramadan nanti.
Setiap rumah kebajikan ini akan menikmati juadah istimewa yang akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Jadualnya adalah pada Setiap hari Isnin sehingga Jumaat selama 4 minggu, 4 buah rumah kebajikan ini akan terlibat
Dan skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke 2 negeri iaitu Terengganu dan Johor bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini pada 3 dan 10 Jun 2017.
Jalinan kerjasama antara pihak CJ Wow Shop, membolehkan pengguna membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my
Pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017. Tahniah buat penganjur dan rakan penaja
So korang dah memuat turun aplikasi JJCM di Google Play dan juga Apple Store ke? Kalau belum gunakan sekarang untuk cari tempat makan best dan dan jangan lupa juga ya untuk menghulurkan sedikit sumbangan #SeringgitSeribuKebaikan
No comments:
Post a Comment