Tempat Berbuka Puasa 2017 : VE Hotel & Residence
Stuck di jalanraya kerana kesesakan lalulintas di Federal Highway? Takut tak sempat berbuka? Apa kata berbuka sahaja di VE Hotel & Residence yang terletak di Bangsar South, Bangsar
Menampilkan sajian enak dari negeri selat dan arab khas di restoran mereka, The Straits Estate pelbagai makanan yang unik bakal korang temui di sini
Aku dah cuba makan dekat sini, memang puas hati! Disediakan oleh Eksekutif Chef Sous Unaver Unabia, beliau memang pakar dalam menyediakan masakan Arab dan masakan traditional.
Antara menu yang telah diatur khas di dalam bulan ramadan ini adalah Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku dengan Udang Kering, Serunding Ayam dan Daging serta banyak lagi
Tak cukup dengan itu, menu seperti Quzi Kambing, Kebab, Shawarma ayam, Ayam Percik Terengganu, Aneka panggang seperti ikan tenggiri, ikan pari dan banyak lagi .
Dia punya ayam percik terengganu sedap giler weh! Sampai aku tak malu gi ambil mangkuk besar then makan sorang - sorang. Sedap punya pasal. hahaha
Dessert? Jangan lupa untuk cuba tart laici rangup, kek mousse strawberri, bubur serawa nangka, pengat pisang, aneka makanan melayu dan berbagai manisan pencuci mulut
Mesti cuba? Semua jenis minuman dia. Unik weh! Pernah minum air sado? Hahaha bayangkan air cili yang manis. Sedap weh. Air lain pun sedap. Rasa nak datang makan hari - hari dekat sini
Untuk korang yang nak makan dekat sini, bermula 29 Mei hingga 5 Jun, ada harga early bird yang berharga RM98 untuk dewasa. Harga biasa RM 128 tau.
Kalau korang yang datang berkumpulan dalam 10 orang , ada set muhibbah yang berharga RM1,288 tau RM 1,588 semeja
Segala maklumat lanjut dan tempahan sila hubungi +603 2246 2888 atau emel dine@vehotel.com
Website : www.vehotel.com
Facebook : www.facebook.com/VEBangsarSouth
No comments:
Post a Comment