Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Swiss - Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur

Nak rasa citarasa kampung di Kuala Lumpur di bulan ramadan ini? Apa kata berbuka di Swiss - Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur  yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur. 



Pada tahun ini Citarasa Kampung akan bermula pada 27 Mei hingga 24 Jun 2017.  Lebih dari 100 sajian dan hidangan pencuci mulut menanti korang disini dengan harga buffet ramadan bermula RM118 untuk dewasa. 




Rasa mahal sangat? Dont worry guys sebab ada harga early bird untuk korang iaitu RM70  untuk dewasa dan RM35 untuk kanak - kanak yang boleh dibeli sehingga 26 May ini








Antara sajian tarikan citarasa Kampung pada tahun ini adalah Nasi Kerabu, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Melaka, Sambal Udang Petai, Kerabu Tembikai , Bubur Lambuk Burung Unta dan banyak lagi. So far favourite aku adalah Bubur Lambuk. Sudah lama tak rasa bubuk Lambuk sesedap ini. Tambah dua kali weh. 



Gerai masakan live pun ada. Menu seperti Kambing bakar arab style, Chicken Shawarma, Gerai aneka mee , Ayam Goreng Berempah menanti korang. Penamatnya korang kenalah cuba pencuci mulut seperti Pulut Mangga, Basbousa dan aneka bubur melayu







Menu - menu ini diselia dan disediakan oleh Chef Yusof yang sudah lebih dari 20 tahun berpengalaman dalam dunia masakan  dan perhotelan ini. So untuk korang yang ingin berbuka disini, sila tempah di 03 2785 1190 atau email faizal.daud@shrkl.swissgarden.com 

No comments: