Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : SACC Shah Alam

Cakap pasal SACC orang Shah Alam mesti familiar kan? Shah Alam Convention Centre atau SACC sering kali menjadi lokasi untuk pelbagai acara dan seminar. 


Kali ini sempena bulan ramadan yang mulia ini, SACC menjadi salah satu lokasi untuk berbuka puasa di Shah Alam 



Sebenarnya ini bukanlah kali pertama SACC menganjurkan buffet ramadan disini. Di atas permintaan popular dari pelanggan setia,tahun ini SACC sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara yang menawarkan sajian istimewa warisan nusantara yang tersedia lebih dari 100 sajian. Kambing Kebuli menjadi hidangan utama dan tradisi di SACC ini 






Tahun ini cukup istimewa kerana sesiapa yang berbuka disini bakal menikmati Ampal Ayam Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung. Kalau tanya favourite aku, sup utara dan Dendeng Hitam menjadi pilihan.  Nak makan Kacang Pool pun ada dekat sini. Aku pun akan kesini lagi sebab sedap weh



Harga buffet disini untuk dewasa adalah RM88  dan kanak - kanak RM 48. Untuk korang yang beli sebelum 27 Mei, harga buffet untuk dewasa cuma RM78. Harga korporat pula adalah RM70  seorang dengan minimum tempahan sebanyak 50 orang. 


Setiap pembelian buffet ini korang telah menyalurkan RM1  ke tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.

Untuk tempahan buffet korang boleh hubungi SACC di talian 03 - 5511 8858 atau layari www.sacc.com.my/bufet-ramadan-2017 

1 comment:

Mek Onie said...

haaa haritu member aku cari buffet ramadan SACC..akan dipanjangkan pada dia...