Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : Restoran Nelayan Gombak

Bercakap mengenai Restoran Nelayan Gombak atau Restoran Nelayan sudah pasti ramai yang familiar dengan nama restoran makanan melayu yang terkenal ini 



Restoran Nelayan Gombak yang dahulunya terletak di Tasik Titiwangsa kini sudah berpindah di Jalan Gombak, berhampiran dengan UIA Gombak. Kini pada bulan Ramadan, Restoran Nelayan Gombak ini menjanjikan lebih dari 100 jenis menu yang bertemakan Sajian Warisan Selera Kita 


Baru - baru ini, aku sempat  ke Restoran Nelayan Gombak untuk merasa sendiri sajian restoran terkenal ini. Saat pertama kali melangkah masuk ke restoran ini, terdetik dalam hati, besar juga restoran ini. No wonder boleh memuatkan ramai orang termasuk 1000 pax di dalam Dewan mereka. 

Selain  dewan, Restoran Nelayan Gombak turut dilengkapi kemudahan surau yang besar , solat terawih dan juga ruang parkir yang luas. Khabarnya boleh memuatkan 6 buah bas dalam satu masa yang sama 




Bercakap pasal makanan disini, tempoh hari kiteorang berpeluang untuk mencuba antara makanan yang bakal menjadi tarikan di dalam bulan ramadan ini. 







Antaranya adalah Daging Salai Masak Lemak, Daging Gulai Kawah Tanjung, Ayam Masak Lemon, Sambal Goreng Jawa, Ikan Geli goreng dan banyak lagi




Nampak simple kan? Pada mulanya aku pun terfikir benda yang sama. Simple tapi sebenarnya sedap weh especially Daging Salai Masak Lemak. Aduh terliur pulak 





Kuih - muih dan sajian traditional seperti aneka bubur dan wajib cuba, roti jala magic! Roti Jala Magic ini menarik tau sebab colourful dan dibuat dari Magic flour keluaran syarikat Megazech. Kalau nak beli produk dorang dan lain - lain produk dari usahawan IKS dan PKS korang boleh beli disini juga 

Persembahan busker lagu dakwah dan qasidah pun ada tau 


Selain menu - menu ini, khabarnya bulan puasa ini ada menu special yang lain seperti aneka mee dan laksa, aneka sup- mesti cuba adalah sup kaki ayam, dan steamboat. Untuk minuman pun ada special tau, korang boleh order secara ala carte Air Mojitos Sparkling dan Love Passion Sour Soup

Kalau nak tahu, Restoran Nelayan Gombak ini baru sahaja diambil oleh Q'Sha Katering & Event Management. Sebab itulah makin banyak pembaharuan disini!

Untuk korang yang ingin berbuka disini, buffet ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 20 June 2017 dengan harga 

RM49.90 untuk dewasa 
50% Diskaun untuk warga emas dan kanak - kanak berumur 5-11 tahun
PERCUMA untuk kanak - kanak dibawah 4 Tahun 

So untuk korang yang ingin makan disini bolehlah hubungi 

03 - 6185 8400
013 - 223 7228 
013 - 296 7728 
019 - 293 1397 

Alamat  Restoran : Restoran Nelayan Gombak, Batu 8 3/4 Jalan Gombak Utara Kuala Lumpur 

Facebook : Restoran Nelayan Gombak 

p /s Sebenarnya masa nak ke sini agak susah sebab di dalam google map banyak pula tunjuk Restoran Nelayan yang berlainan arah.  Bila tanya kawan - kawan memang chance untuk sesat tinggi. So untuk korang yang nak datang ke sini, seeloknya contact no diatas untuk dapatkan lokasi yang betul. 

** Kalau ada poster atau papan tanda besar mungkin membantu pelanggan untuk datang kesini 

No comments: