Tempat Berbuka Puasa 2017 : Pullman Putrajaya Lakeside Putrajaya
Meriahnya weh berbuka puasa di Pullman Putrajaya Lakeside. Belum pun bulan puasa, tapi Pullman Putrajaya dah buat persiapan dua bulan sebelumnya dengan mengadakan Magical Ramadan Nights preview. Mana tak meriah, bayangkan lebih dari 300 sajian tempatan dan international menanti korang! Wow!
Walaupun pada tarikh preview ini bertembung dengan banyak event dan food review, aku sengaja memilih Pullman Putrajaya Lakeside sebab tahu makanan dekat sini sedap dan banyak choice.
Meriah weh masa malam preview tempoh hari siap ada non-stop live performance, badut, persembahan orang makan api. lampu LED dan banyak lagi bagi menampakkan betapa meriahnya buffet ramadan di sini
Hotel 5 bintang ini menjanjikan kepuasan dan keselesaan buat setiap pengunjung, Menariknya lagi, kalau korang berbuka disini, ianya berkonsepkan buffet , gerai dan open air unik! Aku hari tu pun penat tawaf cari makanan sebab besar weh
Cakap je korang nak makan apa? Nak makanan gerai,makanan arab, western, makanan cina, makanan india, aiskrim Turki semuanya ada! Serious cakap!
Tak cukup dengan itu, peminat durian semua, durian khas disediakan untuk korang, Makan sampai puas onomnomnom. sedapnya weh
Yang bakal menjadi tarikan nanti selain durian adalah, semestinya kambing, makanan Thai dan jangan terkejut ya sebab hotel ini akan menyediakan ikan yang bersaiz sebesar kambing. Walaweh unik dan mesti cuba
Untuk korang yang datang dalam kumpulan 10 orang , akan dapat percuma seorang. Buffet Ramadan ini akan bermula pada 27 May sehingga 24 June bermula pada 7 malam sehingga 10 malam dengan harga :
RM 169 nett untuk dewasa
RM 100 nett untuk kanak - kanak
Untuk tempahan :
Pullman Putrajaya Lakeside
No 2, Jalan P5/5, 62200 Putrajaya, Malaysia
Contact : 03 – 8890 0000
whatsapp : 016-8900142
email : magicalramadhan@pullmanputrajaya.com
Untuk maklumat lanjut : https://www.facebook.com/PullmanPJ/
1 comment:
300 sajian fuh!! memang rambang mata nak pilih tuk berbuka nanti :D
Post a Comment