Tempat Berbuka Puasa 2017 : Laman Kayangan Shah Alam
Memandangkan bulan puasa hampir tiba, jadi bermula pada hari ini Blog Budak Pacak akan bawakan lokasi - lokasi tempat berbuka puasa menarik khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk lokasi berbuka puasa pertama pada tahun ini , perkenalkan Laman Kayangan Shah Alam
Laman Kayangan Shah Alam bertempat di Seksyen 7 , Shah Alam diterajui oleh Segi Seri Sdn Bhd .Sebelum ini Laman Kayangan memang terkenal sebagai lokasi majlis perkahwinan dan juga menyediakan katering terkenal di Shah Alam. Untuk bulan puasa ini, Laman Kayangan bakal menampilkan sajian berbuka puasa yang bertemakan Citarasa Dua Sempadan
Citarasa Dua Sempadan ini adalah gabungan makanan utara dan juga makanan Thai, so buat penggemar makanan - makanan ini , bolehlah tempah dan berbuka puasa di Laman Kayangan Shah Alam
Aku berkesempatan ke sana tempoh hari pada majlis preview berbuka puasa. Sebenarnya tahun lepas aku tak dapat ke sini sebab clash dengan event lain, tapi tahun sebelum tu Yes, memang datang kesini. Aku suka environment dia. Walaupun berkhemah, namun khemah ini besar dan berhawa dingin. Memang selesa kalau adakan majlis dan makan disini
Dijangkakan lebih dari 100 menu menanti untuk para pengunjung berbuka puasa disini. Malah masa aku datang tempoh hari, ada Ogy Datuk Ahmad Daud.
Khabarnya untuk korang yang nak dapatkan produk Kak Ogy, air tangannya sendiri seperti Sambal Ikan Kurau Berlado, Paru Goreng Nek Mon dan Sambal Goreng Saadiah bolehlah dapatkan di Laman Kayangan yang akan dipasarkan sepanjang buffet Ramadhan 2017
Bagi aku secara keseluruhannya makanan disini agak sedap especially makanan Thai. Untuk korang yang duduk di Shah Alam bolehlah ke Laman Kayangan nanti!
Harga Buffet Ramadhan 2017 Laman Kayangan
29 Mei 2017 – 7 Jun 2017
Early Bird (pembelian awal sehingga 25 Mei 2017)
RM45 Dewasa
RM35 Kanak-Kanak
8 Jun -21 Jun 2017
Harga Normal
RM59 Dewasa
RM35 Kanak-kanak/Warga Emas
Untuk maklumat lanjut :
019 – 250 3090 / 012 – 253 3973 / 012 – 387 1775 / 019 – 376 0149
website : www.segiseri.com/ramadan2017
1 comment:
memang terbaik buffet ramadhan laman kayangan ni. puas hati makan kat sini
Post a Comment