Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur

Untuk lokasi kedua tempat berbuka puasa 2017 adalah The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Jika korang berada di tengah - tengah bandaraya dan ingin mencari lokasi berbuka puasa di Kuala Lumpur mungkin boleh menjamu selera di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur 




Terletak di atas Kompleks Campbell dan juga di Jalan Campbell, hotel ini menyediakan pelbagai menu - menu klasik sesuai dengan tema nya pada tahun ini iaitu Nostalgia Klasik Ramadan. Untuk pengetahuan korang, hotel ini berhampiran dengan Sogo tau. 

So bila dah shopping raya di Sogo, tak tau nak makan di mana, datang saja di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Menu - menu makanan disini unik tau, diambil bersempena dengan nama - nama yang tengah menjadi sebutan sekarang 





Antaranya adalah Sup Daging Thai Style Pencuri Hati, Ayam Bakar Sos Percik Hangat Cinta, Cendawan Tiram Doremi, Kepah Lemak Cili Padi Laila Majnun dan banyak lagi 

Cumanya aku sedikit terkilan dengan The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur . Yer la dah nama pun preview ramadan kan? Sepatutnya menu - menu yang bakal dihidangkan masa bulan ramadan nanti patut ditunjukkan kepada orang ramai especially kepada media 








Kalau ada tak sampai 10 menu daripada berpuluh - puluh menu macam mana nak tunjuk dekat korang kan? So gambar yang mana ada je lah aku tunjukkan 

Walaupun aku pergi haritu tak banyak menu namun nanti menu - menu yang bakal disediakan banyak tau. Kalau tak silap akan ada 7 set hidangan menu dan akan bersilih ganti. So takde la lauk yang sama je dihidangkan setiap hari


Harga untuk berbuka puasa di sini pun agak murah tau cuma berharga RM55 nett seorang, Kalau yang mana datang dalam kumpulan , syarikat atau keluarga besar, semestinya ada harga special untuk korang. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi : 

Fadzlina : 012 - 687 1518 
Adzhar ; 017 - 871 1146 

Email : sales@grandcampbellhotel.com
Facebook : The Grand Campbell Hotel 

  • Nantikan di Majalah Backpackerz mengenai pengalaman aku menginap di The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur. Insyallah by July ni 






No comments: