Total Pageviews

Tempat Berbuka Puasa 2017 : The Everly Putrajaya

Khas untuk korang yang tinggal di Putrajaya, kali ini aku nak kongsikan satu lagi tempat berbuka puasa di Putrajaya, iaitu di The Everly Putrajaya 


Terletak bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya, The Everly Putrajaya merupakan tempat berbuka puasa yang sesuai jika korang membeli - belah di Alamanda. Maklumlah nak buat persiapan raya, kadang - kadang shopping tu sampai lupa nak berbuka dekat mana. 


Nak makan di food court penuh pula, jadi apakata korang berbuka saja di The Everly yang menyediakan bufet ramadan yang bertemakan Warisan, Kini Selamanya. So mark your calendar guys!

Bermula 29 Mei hingga 22 Jun, pelbagai hidangan menarik seperti Nasi Ambeng, Ketam Goreng Mamak, Laksam dan banyak lagi.




Aku dah rasa makanan dia tempoh hari, Nasi Ambeng wajib dalam list korang.Sedap! Selain itu, Sup Tulang Kambing, Gearbox, Shawarma antara wajib cuba jugo 





















Seperti tahun - tahun sebelum ini, pihak hotel juga menggunakan konsep gerai/warung yang menempatkan sajian tradisi 1 Malaysia. 

Kemudahan? Of course segalanya ada termasuk ruangan solat yang disediakan oleh pihak hotel yang pastinya lebih selesa dan bersih. 



Untuk korang yang ingin makan dekat sini, sekarang ada promosi istimewa dimana bermula 29 Mei hingga 2 Jun 2017. The Everly Putrajaya menawarkan harga promosi RM78 untuk dewasa dan selepas 2 Jun, harga biasa iaitu RM98. 


So jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 

03 - 889 229 21 
03 - 889 229 29
018 - 223 1310 

atau email : norazzah.omar@theeverlygroup.com 


p/s : Aku nak buat contest di Facebook nanti! Jangan lupa join naa. Sebab hadiahnya korang boleh berbuka di The Everly Putrajaya untuk dua orang!

1 comment:

Mek Onie said...

serius sedapppppppp makanan buffet di The Everly ni, dah try!