Total Pageviews

Sipadan Kapalai Dive Resort Viral Kerana Keunikannya

Sebut saja Pulau Mabul , Pulau Mataking atau Bohey Dulang mesti korang terbayang akan kecantikannya bukan? Kali ini aku nak berkongsi dengan korang sebuah resort yang hangat diperkatakan kerana keunikannya tersendiri 





Kami di team #SeaYouInSabah yang ke Tawau dan Semporna baru - baru ini anjuran Gaya Travel Magazine dan Sabah Tourism Board memilih Sipadan Kapalai Dive Resort yang dikatakan sebagai resort yang tercantik di Sabah sebagai lokasi penginapan kami 




Bukan sahaja cantik, tapi resort yang unik ini terletak berhampiran dengan pulau - pulau cantik di Semporna. Dari sini pun dah boleh nampak Pulau Mabul. Pertama kali nampak resort ini dari jauh tak berkedip mata melihat kecantikannya. Subhanallah cantiknya weh. 





Bayangkan satu - satunya resort yang berada di atas lautan yang jernih lagi cantik. Tidak hairan jika aku cakap ini adalah resort paling cantik di Malaysia yang pernah aku lihat. Rekaanya yang berkonsepkan kampung traditional yang bersambung di antara satu sama lain, menaikkan lagi warna keindahannya 

Bila dah jejak kaki di resort ini, kiteorang disambut dengan welcome drink dari staff resort disini. Dorang ni baik dan ramah tau. Saat masuk di bilik pula, kiteorang ditempatkan 4 orang di dalam satu bilik. Bilik dia sangat luas dan semestinya cantik.





 Dalam tandas ada bathtub yang mempunyai tingkap berlatarbelakang kan resort dan pemandangan laut yang begitu menenangkan. 



Di ruang balkoni pula tersedia kerusi untuk korang hayati pemandangan yang mengasyikkan. Jangan tak tahu dekat bawah resort ni selalu jadi port untuk penyu - penyu. 




Boleh dikatakan setiap kali keluar terutamanya waktu malam, penyu - penyu akan kelihatan .First time tengok penyu yang berenang bebas secara dekat. Best! 

Dekat Sipadan Kapalai Dive Resort ini segala - gala kemudahan ada sini, Namakan saja kafe, tempat snorkeling. dive centre , perkhidmatan buggy, basikal semuanya ada. 






Nak snorkeling, korang turun je bawah resort ni, tapi ingat ya kena inform dorang dahulu sebagai langkah keselamatan. 







Uniknya lagi, resort ini mempunyai mini pulau buatan sendiri. So dekat sini sering kali menjadi lokasi untuk candle light dinner, layan sunset atau sunrise. First time juga tengok pulau buatan ni 








Tak cukup dengan tu, untuk korang yang nak main pasir dan nak jejak juga kaki ke daratan ,  di Sipadan Kapalai Dive Resort ini ada sediakan pantai buatan juga. Korang bolehlah ambil gambar - gambar kenangan dekat sini. Nak turun ke bawah ni ada timing dia maklumlah air pasang surut laut kan? 




Baru - baru ini , ada yang tanya aku tak bahaya ke datang ke Sabah? Jujur cakap mesti ramai yang taku dan teringat peristiwa hitam yang melanda negara dahulu. Kalau nak tahu, resort ini dan pulau - pulau di Sabah dikawal ketat oleh tentera dan Polis Marin. Jika di pulau syarat untuk lakukan aktiviti sehingga jam 3.30 petang, di resort ini pula tersedia lebih dari 50 anggota polis dan tentera yang mengawal keselamatan


Aspek keselamatan barangan peribadi pun amat diutamakan disini. Untuk korang yang bawa barang bernilai, boleh simpan di kaunter simpanan barangan yang sangat tinggi keselamatannya. Mesti korang tertanya bagaimana cara untuk ke Sipadan Kapalai Dive Resort ?


Untuk ke Sipadan Kapalai Dive Resort, ada bot khas yang disediakan untuk pengunjung datang ke sini. Dan bot ini akan menunggu di jeti Semporna. Segala maklumat mengenai waktu ke resort ini boleh dapatkan di agen - agen dorang di jeti Semporna 






Tips untuk bercuti di Semporna 


  • Waktu touchdown di Tawau, pastikan korang mendapat permit sementara atau lebih baik bawa passport kerana untuk kesini permit akan dikenakan 
  • Untuk ke Semporna perjalanan dari Tawau mengambil masa lebih kurang 2-3 jam. Jadi apa kata singgah dahulu tempat menarik di Tawau ( baca disini) 
  • Masa yang terhad? Menginap lah satu malam di jeti Semporna. Aku cadangkan hotel Seafest . Mudah dan paling hampir dengan jeti 
  • Dekat Semporna terdapat Giant dan pasaraya berhampiran. Korang digalakkan untuk dapatkan air minuman atau makanan ringan sebabnya dekat sana tak ada kedai atau apa, Lebih baik dapatkan bekalan disini 
  • Kelengkapan seperti kamera , dry beg , baju untuk aktiviti air jangan dilupa ya 
  • Sunblock wajib jadi peneman! 
  • Untuk aktiviti island hopping, pilih yang berlesen dan dipercayai. Kiteorang hari tu pilih smp travel & tour sdn bhd 
  • Walaupun keselamatan terjaga, pastikan setiap aktiviti dilapor dan ada peneman sebagai langkah berjaga - jaga

Kekerapan Jadual Penerbangan ke Tawau 


  • Malaysia Airlines :  14 kali seminggu dari KUL ke TWU
  • AirAsia :  28 kali seminggu dari KUL ke TWU dan 4 kali seminggu dari JHB ke TWU bermula 28hb April 2017



Itu saja mengenai Sipadan Kapalai Dive Resort kali ini. Terima kasih Gaya Travel Magazine dan Sabah Tourism Board kerana merealisasikan impian seorang Khai Artzfar untuk kesini. Yeay! Upcoming entry aku akan tunjukkan koleksi gambar menarik di Semporna

Untuk maklumat lanjut mengenai resort ini : 

Pulau Sipadan Resort and Tours Sdn Bhd,

484 Bandar Sabindo,
PO Box No 61120, 91021 Tawau,
Sabah, East Malaysia.
Tel : (6089) 765 200

email : mail@sipadan-kapalai.com

Terima kasih  :


Sabah Tourism Board

Gaya Travel Magazine



Baca juga : 

1 comment:

Unknown said...

Salam,

Saya mira, saya nk tanye .
berapa harga resort ni untuk 1 malam?
and awk booking mcm mane?
bole cite step by step tak?
klau tk mnyusahkan laa