Total Pageviews

RM50,000 Untuk Pelajar Universiti Yang Menyertai VEST 2017

Pernah dengar mengenai VEST ? Kalau korang pembaca setia blog ini, mesti korang ada terbaca mengenai VEST 2017 tempoh hari DISINI  .


 Buat yang tidak tahu, VEST ini merupakan singkatan kepada Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 dimana ianya bakal melibatkan 1000 mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. 



Dah nama pun Mahasiswa, of course ini merupakan peluang besar kepada korang yang masih belajar dan cenderung ke arah keusahawanan. Bukan itu sahaja, seperti tajuk di atas , korang berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah RM50,000. Banyak tu! 

Cara nak join VEST ni mudah je. Antara syarat yang korang mesti patuhi adalah 
  • merupakan mahasiswa/mahasiswi Universiti tempatan tidak kira IPTA atau IPTS
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun
  • merupakan warganegara Malaysia 
  • daftar VEST di mana - mana kelab keusahawanan universiti masing - masing 

Mudah kan? Mesti ada yang cakap, tak yakin nak masuk, tak ada pengalaman, takut gagal. Jangan risau! 



Dengan penyertaan korang dalam VEST, selama 6 bulan , korang akan didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan kepada mahasiswa sebagai persediaan untuk korang bergelar sebagai usahawan.


Ada tengok Transformasi Nasional 2050 baru - baru ini? Program VEST juga merupakan pemacu kepada transformasi ini tau yang dibangunkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) . 

So apakah objektif VEST ini  sebenarnya? Selain memupuk dan melahirkan usahawan di kalangan pelajar universiti  tempatan, tujuan VEST ini juga adalah untuk membangunkan nilai - nilai keusahawanan dikalangan pelajar melalui bimbingan dan ilmu. 





LATIHAN DAN BIMBINGAN DI MMU 


Selain itu, ianya juga menawarkan peluang perniagaan serta mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan sedia ada secara lebih sistematik dan dinamik


LATIHAN DAN BIMBINGAN DI UUM 


Kalau tadi korang dah baca syarat am untuk VEST 2017, yang ini untuk korang yang berminat untuk mendaftar dan menjadi salah seorang peserta VEST, syaratnya adalah seperti berikut : 

UNIVERSITI

• Pertandingan keusahawanan ini terbuka kepada semua Universiti Awam (IPTA) dan Swasta

(IPTS) di Malaysia;

• Minimum 10 pasukan bagi setiap universiti yang bertanding;

• Unit Keusahawanan bertindak selaku penyelaras program di peringkat universiti;

• Konsep perniagaan hendaklah memberi fokus kepada lima (5) segmen kluster perniagaan

iaitu :

1) Franchising / Licensing : cth - Product & Services;

2) Creative & Innovative : cth - Robotic / Photography/ Music Talent/ Software Program/ Etc;

3) On-Line Business : cth - Tudung/ Health & Beauty/ Education;

4) Agro Business : cth - Fruits & Vege For Commercial/ Fishery;

5) Mobile Business : cth - F&B / Services/ Spa Etc.


Bagi Peserta pula : 

Terbuka kepada semua pelajar IPTA/IPTS;

• Warga negara Malaysia;

• Lampirkan “Borang Profiling” yang telah di sahkan oleh unit keusahawanan sebagai dokumen sokongan;

• Setiap kumpulan mestilah tidak melebihi dari lima (5) orang ahli kumpulan;

• Berusia 18 tahun hingga 25 tahun dan masih berdaftar sebagai mahasiswa sepenuh

masa seperti yang ditetapkan oleh IPTA/IPTS yang terbabit;

• Terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai idea perniagaan mahupun perniagaan sedia ada;

• Produk atau perkhidmatan yang pernah memenangi pertandingan mahupun mana- mana anugerah tidak dibenarkan bertanding;

• Semua Perancangan Perniagaan hendaklah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan, sekiranya mana – mana kumpulan tidak mengikut terma & syarat penyertaan yang telah di tetapkan, penyertaan akan terbatal;

• Produk atau perkhidmatan mestilah patuh syariah.

Mudah kan? Dah daftar bagai, korang kena take note dengan ini pula : 

Tarikh penyertaan bermula dari 28 April 2017;

• Pendaftaran adalah melalui unit Keusahawanan universiti masing - masing ataupun melalui;


• Segala keputusan di dalam pertandingan adalah muktamad. segala surat menyurat tidak akan dilayan.



LATIHAN DAN BIMBINGAN DI USIM 


So jom join sekarang dan jadilah salah seorang peserta VEST. Sebarkan berita baik ini di kampus korang mungkin korang adalah pemenangnya!



Akan datang, aku akan share kepada korang mengenai kelebihan menyertai VEST ini! 


1 comment:

Mek Onie said...

satu peluang yang wajib pelajar-pelajar universiti cuba ...rugi la kalau depa tak cuba...