Kenapa Obesiti Boleh Berlaku? Ini Jawapannya
Siapa yang nak di persalahkan jika korang mengalami masalah obesiti? Terdapat
pelbagai alasan diberikan untuk membetulkan perkara yang tidak betul. Sebagai
contoh:
Pemakanan
Sebab utama berlakunya obesiti tidak lain
adalah dari segi pemakanan. Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis makanan
yang sedap-sedap belaka. Tapi jika tiada pengawalan dari segi pemakanan, semua
makanan yang sedap-sedap itu boleh membawa kepada malapetaka yang lebih besar.
Makanan di Malaysia sememangnya tinggi dengan karbohidrat seperti nasi, mee dan
roti. Sekiranya diambil dengan kadar yang betul, ianya baik untuk memberikan
tenaga pantas. Pengambilan protein yang terdapat dalam ikan dan lain-lain juga
baik untuk sel badan dan juga sumber tenaga jangka masa panjang.
Apa yang berlaku adalah, makanan-makanan
ini tidak diambil secara seimbang. Hanya satu kumpulan makanan sahaja diambil
dan sebahagian kumpulan makanan lagi diabaikan.
Fahami semula tingkat-tingkat dalam pyramid
makanan supaya anda lebih faham apa yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
Gaya
Hidup
Macam-macam kempen kesihatan dijalankan
tetapi jika tiada kesedaran dalam diri sendiri, ianya bagai mencurah air ke
daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telingan kiri. Gaya hidup yang sihat
merangkumi keperluan senaman sebagai salah satu gaya hidup sihat.
Senaman perlu dilakukan secara konsisten
sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali sesi dan 3 kali seminggu. Ini penting
untuk membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. Selain itu juga baik
untuk peredaran darah dalam badan kita.
Genetik
2 faktor di atas adalah faktor yang boleh
diubah, tetapi faktor genetik tidak boleh berubah. Walaupun anda dari genetik
berisiko untuk mengalami obesiti, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mengubah
cara hidup dan gaya pemakanan korang.
Genetik hanyalah sebagai ‘alarm’ untuk korang lebih bersedia dan sentiasa berwaspada daripada menjadi obese. Ia tidak
bermakna korang hanya perlu pasrah dan terima hakikat bahawa korang dilahirkan sebagai
obese.
Tidak kira apa sebab korang menjadi obese,
korang masih mempunyai harapan untuk kembali sihat dan cantik seperti orang lain.
Apa yang perlu korang lakukan adalah perubahan pemikiran dan tindakan berterusan.
Untuk lebih tips-tips kuruskan badan dan menu diet boleh tengok di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com
No comments:
Post a Comment