Total Pageviews

Buka Puasa Dengan Produk Fonterra

Bulan puasa ini ramai yang mengambil kesempatan untuk berbuka di luar, pergi ke bazar ramadan bagai. Tapi tahukah korang, risiko untuk korang keracunan makanan sangat tinggi di luar sana? Jadi langkah yang selamat adalah masak dan makan di rumah. Untuk itu apa kata korang masak dan berbuka dengan menggunakan produk Fonterra 


Pernah dengar mengenai Anlene, Fernleaf , Anchor, CalciYum, Anmum? Haa ini semua produk Fonterra yang berasaskan tenusu dari New Zealand  yang terkenal dengan pelbagai khasiatnya. 



Baru - baru ini, aku sempat ke The Cooking House yang terletak di Bangsar , Kuala Lumpur bagi menyaksikan sendiri demo masakan menggunakan produk Fonterra  ketika di bulan ramadan. 




Di dalam majlis santai ini, Cooperative Affairs Manager and Chairman of the Halal Committee di Fonterra Malaysia, Puan Manisya Ismail dan Puan Nurul Azizah merangkap Fonterra Consultant Dietician telah berkongsi resipi untuk masakan ketika sahur dan juga berbuka puasa 

Menggunakan produk Fonterra, resipi yang telah ditunjukkan sangat berkhasiat. Maklumlah bulan puasa kan so kita memerlukan nutrient dan tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Jadi mereka telah berkongsi Petua dan tips mastkan menggunakan produk Fonterra ini 



Untuk sahur, Puan Nurul Aziah telah berkongsi resipi Kurma Overnight Oats yang menggunakan produk Anlene, Anlene Low Fat Yogurt, chia seeds dan hirisan kurma yang sangat berkhasiat. 



Resipi ini sesuai untuk mengawal gula di dalam darah, kolesterol dan darah tinggi. 




Manakala sajian untuk berbuka, beliau telah menggunakan Anchor cooking cream untuk masak rendang tok. Sedap dan berkhasiat! 


Puan Manisya pula telah menunjukkan demo cara membuat Mango Tango Smoothie yang diperkaya dengan Vitamin A dan D menggunakan Fonterra Fernleaf CalciYum dan Yogurt. 


Selain itu, beliau turut menunjukkan cara memasak Chicken and Potatoes Mini Pizzas yang sangat mudah dan yang pasti berkhasiat dan boleh memakan seisi keluarga. 


Menggunakan Anchor butter and cheese dan Fernleaf Full Cream Milk Powder, resipi ini sesuai dimakan waktu berbuka puasa. 



Nampak tak semuanya berkhasiat untuk korang di bulan ramadan ini. Selain itu, korang jangan risau kerana produk Fonterra ini semuanya diyakini halal dan mengikut kehendak syariah. So dah baca entry ini bolehlah dapatkan produk Fonterra ini di pasaran sekarang! 

No comments: