The Grand Campbell Hotel Penuh Dengan Sejarah
Bercakap mengenai pilihan hotel di Kuala Lumpur, terdapat banyak
pilihan yang boleh dibuat. Namun bagi aku , faktor lokasi hotel menjadi
keutamaan setiap kali membuat pilihan. Jika korang bercadang untuk melancong di
bandaraya Kuala Lumpur, aku ingin mencadangkan The Grand Campbell Hotel
yang terletak di kawasan bersejarah dan di tengah – tengah permata negara ,
Kuala Lumpur
The Grand Campbell Hotel yang terletak di Jalan Dang Wangi Kuala
Lumpur yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Campbell, dinamakan bersempena
dengan lokasinya yang terletak di atas bangunan
pencakar langit yang pertama di Kuala Lumpur, Kompleks Campbell.
Mempunyai 153 bilik untuk tetamu, hotel ini menawarkan tiga pilihan bilik iaitu, Superior, Deluxe dan Executive.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke The Grand Campbell Hotel
,terpegun kerana kompleks membeli – belah yang dibuka sejak 1973 di bawah hotel
ini masih lagi dikunjungi ramai orang walaupun terdapat banyak pusat membeli
belah utama yang menjadi saingan. Saat masuk ke bilik penginapan hotel ini pula,
perkataan yang dapat digambarkan adalah, harga yang berpatutan dan selesa.Malah
kesemua bilik disini menghadiahkan ‘ city view’ buat para pengunjung yang menginap
disini
Kebanyakan bilik di hotel ini berinspirasikan moden dan
kontemporari, namun begitu jika korang menginap di sini, setiap pelusuk
bangunan seolah –olah menceritakan sejarah awal bangunan ini yang pernah
menjadi tumpuan suatu ketika dahulu. Bagi aku, walaupun tinggal dekat Shah Alam sengaja aku memilih hotel ini sebagai
penginapan kerana lokasinya yang agak strategic
dengan tempat – tempat menarik di Kuala Lumpur. Namakan saja, Masjid India,
Jalan Tunku Abdul Rahman, SOGO dan Masjid Jamek semuanya boleh dikunjungi hanya
dengan berjalan kaki.
Tak cukup dengan itu, perkhidmatan LRT, Monorel dan KTM
antara Bandar sedia membawa korang ke tempat – tempat kunjungan orang ramai
seperti Pasar Seni, Menara Kuala Lumpur dan banyak lagi.
Selain kemudahan pengangkutan awam, The Grand Campbell Hotel sering kali menjadi
pilihan sebagai lokasi pelbagai acara. Manakan tidak, hotel ini yang turut
dilengkapi bilik mesyuarat menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk mereka
yang ingin adakan majlis di sini. Jadi jika korang ingin mencari hotel yang
berdekatan dengan tempat – tempat menarik di Kuala Lumpur, dan berpatutan,
mungkin boleh menginap di The Grand
Campbell Hotel
Alamat Hotel
The
Grand Campbell Hotel
Lot
512, Jalan Syed Mohd Mufti,
Suite
401, Level 4 , Campbell Complex
98,
Jalan Dang Wangi
50100
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603 – 2694 1717
Fax :603 – 2694 7717
Email : sales@grandcampbellhotel.com
Facebook
: www.facebook.com/campbellhotel
Instagram
: www.instagram.com/campbellhotel
Website
: www.grandcampbellhotel.com
p/s : terkilan sikit sebab breakfast tak disediakan dan bilik agak sedikit comot
2 comments:
Ok sangat menarik... LeYa teruja tengok gambar2 nya
Kalau menginap kat hotel, dua benda je yang menarik minat aku. Katil dan tandas. Dua benda ni nak kena selesa. hehe
Post a Comment