Total Pageviews

Romano Set Penjagaan Diri Untuk Lelaki

Lelaki zaman sekarang boleh dikatakan mementingkan penjagaan diri bagi memastikan diri sentiasa yakin , sihat dan bergaya. Untuk itu, Romano, sebuah jenama produk penjagaan lelaki yang tidak asing lagi telah perkenalkan set wangian dan deodorant khas untuk lelaki yang mementingkan penjagaan diri. 






Bagi aku sendiri, penjagaan diri tu sangatlah penting. Kalau setakat muka handsome , diri tak terurus, berbau bagai tak guna juga kan? So dekat sini ada beberapa produk Romano yang korang boleh dapatkan bagi mengekalkan keharuman sepanjang hari 


Perkenalkan wangian Romano Eau De Toilette ! Didatangkan dalam dua pilihan iaitu FORCE dan UNIQUE





Kenapa dua pilihan?  Kalau korang nak tahu pilihan bau sebenarnya melambangkan perwatakan korang. Sebagai contoh, untuk wangian seperti perfume Force ianya melambangkan  lelaki yang bekerjaya dan juga seorang pemimpin yang berpengaruh. 

  

Harumannya menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semula jadi. Malah kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. So far aku suka yang ini!




Untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi  pula boleh memilih haruman Unique yang menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot. Wangian ini disempurnakan dengan ekstrak Woody serta  kombinasi Sandalwood dan Patchouli.






Tak cukup dengan itu, Romano turut perkenalkan 4 pilihan deodorant untuk korang dapatkan sekarang.




Romano Metro Pulse mengandungi haruman Citrusy dan Aqueous yang menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi mesti pilih ini!




Romano Prestige pula menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage bersama bauan Amber Woody. Menjadikan ianya  wangian mewah kepada lelaki yang sofistikated dan berpengaruh. 




Romano Classic pula berteraskan wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan sedikit adunan Citrus serta rempah. Ianya  dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas zaman. 





Romano Urbane Attitude difokuskan kepada  kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyempurnakan haruman dinamik ini. Unik kan? 



Kalau nak tahu deodorant Romano ini mampu bertahan selama 24 jam dan cepat kering kepada kulit. Malah ianya meningkatkan tahap keharuman sehingga 20% walaupun dalam keadaan yang lasak. Aku dah cuba pakai memang wangi tapi sayangnya dari 4 botol ketiga -tiga botol mengalami masalah yang sama iaitu penutupnya cepat rosak. Kesudahannya tak dapat dipakai walaupun masih banyak lagi. Diharap Romano akan memperbaiki masalah ini pada masa akan datang 




Kesemua produk Romano ini boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya di seluruh Malaysia. Jangan lupa dapatkan produk Romano ini dengan : 

Harga 
ROMANO Eau De Toilette 100ml = RM40.60

ROMANO Deodorant Spray 150ml = RM14.90

No comments: