Romano Set Penjagaan Diri Untuk Lelaki
Lelaki zaman sekarang boleh dikatakan mementingkan penjagaan
diri bagi memastikan diri sentiasa yakin , sihat dan bergaya. Untuk itu, Romano, sebuah jenama produk penjagaan lelaki yang tidak asing lagi telah
perkenalkan set wangian dan deodorant
khas untuk lelaki yang
mementingkan penjagaan diri.
Bagi aku sendiri, penjagaan diri tu sangatlah penting. Kalau
setakat muka handsome , diri tak terurus, berbau bagai tak guna juga kan? So
dekat sini ada beberapa produk
Romano yang korang boleh
dapatkan bagi mengekalkan keharuman sepanjang hari
Perkenalkan
wangian Romano Eau De Toilette ! Didatangkan dalam dua pilihan iaitu FORCE dan UNIQUE
Kenapa dua pilihan? Kalau korang nak tahu pilihan bau
sebenarnya melambangkan perwatakan korang. Sebagai contoh, untuk wangian
seperti perfume Force ianya melambangkan lelaki yang
bekerjaya dan juga seorang pemimpin yang berpengaruh.
Harumannya menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang
menyerupai bauan semula jadi. Malah kesegarannya terserlah menerusi ekstrak
sitrus bersama aroma Lavender,
yang diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody.
So far aku suka yang ini!
Untuk lelaki yang berkeyakinan tinggi pula boleh memilih
haruman Unique yang menyerlahkan kesegaran adunan Lavender dan Bergamot.
Wangian ini disempurnakan dengan ekstrak Woody serta
kombinasi Sandalwood dan Patchouli.
Tak cukup dengan itu, Romano turut perkenalkan 4 pilihan deodorant untuk korang dapatkan sekarang.
Romano
Metro Pulse mengandungi haruman Citrusy dan Aqueous yang
menyegarkan, dicampur bersama Pudina dan Sage yang
menyamankan serta diakhiri dengan kehangantan Woody. Untuk lelaki urban
yang bersemangat tinggi mesti pilih ini!
Romano
Prestige pula
menyaksikan keindahan campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan
bersama kemewahan Lavender dan Sage bersama bauan Amber Woody. Menjadikan ianya
wangian mewah kepada lelaki yang sofistikated dan berpengaruh.
Romano Classic pula berteraskan
wangian Woody hasil adunan minyak daripada pokok
nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran
dengan sedikit adunan Citrus serta rempah.
Ianya dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang merentas
zaman.
Romano
Urbane Attitude difokuskan
kepada kesegaran haruman Fougére daripada Lavender bersama percikan
Bergamot dan perahan Lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis
menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody
menyempurnakan haruman dinamik ini. Unik kan?
Kalau nak tahu deodorant Romano ini mampu bertahan selama 24 jam dan
cepat kering kepada kulit. Malah ianya meningkatkan tahap keharuman sehingga 20% walaupun
dalam keadaan yang lasak. Aku dah cuba pakai memang wangi tapi sayangnya dari 4
botol ketiga -tiga botol mengalami masalah yang sama iaitu penutupnya cepat
rosak. Kesudahannya tak dapat dipakai walaupun masih banyak lagi. Diharap
Romano akan memperbaiki masalah ini pada masa akan datang
Kesemua
produk Romano ini boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya di seluruh
Malaysia. Jangan lupa dapatkan produk Romano ini dengan :
Harga
ROMANO
Eau De Toilette 100ml = RM40.60
ROMANO
Deodorant Spray 150ml = RM14.90
No comments:
Post a Comment