Restoran FizoMawar Sekali Lagi Dilanda Kontroversi
Korang pernah makan dekat Restoran FizoMawar yang terletak di Bandar Baru Bangi ? Kalau ya macam mana pengalaman korang makan dekat sana? Dengar khabar restoran kepunyaan pelakon terkenal, Fizo Omar bersama - sama isterinya Mawar sekali lagi dilanda kontroversi
Tahun lepas, kecoh seketika Restoran Fizomawar dilanda kontroversi dek kerana servisnya tidak setimpal dengan harga makanan dan beberapa isu lain. Kali ini, sekali lagi Restoran Fizomawar dilanda kontroversi
To be honest, aku tak pernah pun makan dekat sini sebelum ini. Tapi melihatkan menu - menu nya yang kebanyakannya menu makanan Thailand dan pantai timur. Membuatkan aku teringin untuk datang ke sini. Kebetulan pula, untuk merasai pengalaman aku makan dekat sini, aku dan kawan - kawan blogger pun ke restoran kontroversi ini. Rezeki.
Kiteorang ke sana dalam 2 petang which is timing waktu orang baru habis lunch.Waktu ini restoran tak begitu sibuk namun masih kelihatan beberapa orang pelanggan menjamu selera. Kalau korang cakap aku datang sebab aku blogger ke apa , kalau bukan sebab tu pun memang aku teringin nak pergi. Sebab aku memang minat makanan Thailand. Maklumlah aku kan ada darah siam sebelah mak. hiks. Datang masuk dalam terus cari tempat duduk.
Untuk sajian tengahari tu , kiteorang order Kau Mok Khai, Tomyam Bangkok, Daging Salai dan Nasi Rebus, kuih akok. Sweety Mawar dan Cakoi. Untuk minuman pula kiteorang order Mojito, Green Tea dan Mocha blended.
Daging salai bakar. RM 15.90. Sumpah sedap weh! Dicicah pula dengan sos tu. Sos tu tak silap ada campuran beras bakar dan lain - lain lagi memang sedap. Cumanya agak sedikit mahal |
Tomyam bangkok! Resipi ini memang pure Thai. Kawan - kawan aku cakap sedap, tapi aku kureng sikit, hehehe |
Green Tea! Kawan aku cakap sedap tak macam 1st time dia pergi, manis gila and this time banyak improve! |
Aku memang coffee lover. Yang ini mocha part of caffeine juga, So far minuman ni sedap! LULUS! |
Kau mok khai ini orang lain punya, Tapi dia tak habis aku yang habiskan. Ayam dia sedap weh, lembut dan rangup. Must try! |
Kuih akok dia serius perform gila weh! Sedap sangat! Korang wajib cuba |
ada satu lagi kuih cakoi. Tu pun perform gila! Disebabkan sedap sangat, makan sampai lupa nak ambil gambar.
Bagi aku secara keseluruhan restoran ini okay je. Makanan pun sedap, takde kotor. Servis pun tak adalah lambat pun. Sebab nak kata busy ke apa , orang memang tak putus - putus memang akan ada je pelanggan dorang. Mungkin sebab sebelum ini dah terpalit kontroversi, dorang improve.
Since dah kata kontroversi, aku ni jenis yang suka bertanya. Terus tanya kepada staff dorang,pasal kontroversi haritu. Dorang cakap dorang ambil teguran itu sebagai satu nasihat. Selepas daripada itu dorang improve dari segala - galanya. Baik dari nama menu, susun atur restoran dan juga aspek pekerja. Maklumlah 1st time buka restoran jadi of course la banyak benda kena diperbaiki
Yang jadi viral haritu pun bukan niat dia nak bagi viral.Dia datang as customer then complaint apa yang tak puas hati. Tak sangka ianya menjadi viral. LOL
Sebenarnya mengenai tajuk aku Restoran FizoMawar Sekali Lagi Dilanda Kontroversi , adalah mengenai mereka di Facebook yang menjadi batu api, berhasad dengki. Saja aku up status survey baru - baru ini mengenai Restoran Fizomawar , pelbagai reaksi dan komen. Ada yang suggest dan tak kurang yang perli
Bagi aku, kesalahan dan kesilapan dalam dunia perniagaan ini biasalah. Suka untuk aku gunakan ayat ini 'Kalau tak mampu untuk membantu orang, janganlah pula kita menjatuhkan orang' .So far apa yang aku suggest, makan semuanya sedap dan memuaskan. Yang mana tak sedap tu , aku cakap terus teranglah kan?
So jangan lupa untuk datang untuk makan dan cuba sendiri pelbagai menu unik dan sedap dari Restoran Fizomawar. Selepas daripada itu, korang boleh komen pengalaman korang di ruangan komen di bawah ya ! Selamat mencuba!
FIZOMAWAR KITCHEN
Website : No 7& 9, Jalan 8/1 Seksyen 8
Bangi, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/pg/fizomawarkitchen
Instagram : https://www.instagram.com/fizomawarkitchen/
Contact : Call 019-908 0909
1 comment:
macam sedap je tengok, nak try jugaklah nanti
Post a Comment