Total Pageviews

Pullman Putrajaya Lakeside Ada Pantai Buatan !


Jika bercakap mengenai percutian yang menyeronokkan, sudah pasti ianya tidak akan lengkap tanpa penginapan yang selesa dan menarik yang pada pengakhirannya pasti tersemat pelbagai kenangan manis kan? 




Hotel Review kali ini aku memilih Pullman Putrajaya Lakeside yang pastinya merupakan pilihan tepat buat korang yang berkunjung ke Putrajaya. Bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang cukup sempurna dan memuaskan malah segala –galanya ada disini.



Namakan saja fasiliti yang korang inginkan. Gymnasium, kafe, sauna, bilik mesyuarat, semuanya serba lengkap! Bagi korang yang berkunjung ke Putrajaya baik untuk urusan perniagaan , kerjaya ataupun bercuti kini tidak perlu bersusah payah memikirkan masalah penginapan, segalanya ada di Pullman Putrajaya Lakeside.








Pullman Putrajaya Lakeside merupakan antara hotel di bandar pusat kerajaan ini yang menawarkan keselesaan bilik untuk tetamunya yang bertaraf lima bintang. Dilengkapi dengan 281 bilik dan suites yang bertemakan gabungan etnik melayu, cina, india dan Borneo menjadi tarikan buat setiap pengunjung yang menginap di sini. Malah Pullman Putrajaya Lakeside sering kali menjadi pilihan kerana kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan tempat menarik di Putrajaya seperti  Alamanda Putrajaya, pusat – pusat kerajaan, dan banyak lagi. 




Malah untuk pengetahuan korang , hotel ini berhadapan dengan Tasik Putrajaya dan dilengkapi dengan ifiniti pool yang berlatar belakangkan pemandangan tasik ini.Penginapan disini turut tersedia dengan perkhidmatan spa  di Fit and Spa yang menyediakan urutan terapi, facial dan banyak lagi. 










Spa yang telah 7 tahun beroperasi ini telah menerima pelbagai pengiktirafan  termasuk pengiktirafan lima bintang. Sempat juga aku mencuba perkhidmatan spa disini,diakui memang terbaik dan layak menerima pengiktirafan. Segar je weh 





Bagi mencipta kelainan, hotel ini turut dilengkapi dengan pantai buatan manusia dan trek rekreaksi  khas untuk pengunjung Pullman Putrajaya. Memang menarik! Kagum kejap aku tengok pantai dia. 




Malah untuk korang yang suka berhibur, pada setiap malam di ruangan lobi, penyanyi band sedia menghiburkan korang dengan pelbagai muzik dan lagu yang yang mengasyikkan. Dengan bilik yang selesa, menarik dan kemudahan yang pelbagai , penginapan korang di Pullman Putrajaya Lakeside sudah semestinya mencoret pengalaman yang manis untuk dikongsi bersama kenalan. Untuk yang mencari hotel di Putrajaya mungkin boleh menginap di sini 



Pullman Putrajaya Lakeside 
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000 
Email : info@pullmanputrajaya.com


Jangan lupa dapatkan Majalah Backpackerz untuk baca isu penuh mengenai hotel ini pada Jun nanti !

No comments: