Persiapan Stadium Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 : Tempat Menarik di Pyeongchang
Buat korang yang first time yang baca artikel mengenai Pyeongchang ni mesti pelik kan? Apa yang ada di Pyeongchang Korea Selatan pada 2018? Kalau nak tahu, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan diadakan di Pyeongchang Korea Selatan
Dan Blog Budak Pacak menyokong penuh Sukan Olimpik Pyeongchang Musim Sejuk yang akan diadakan pada tahun hadapan. Jika sebelum ini korang ada baca mengenai ' Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 Rancak ! ' Kali ini aku ingin berkongsi pula mengenai stadium - stadium di Sukan Olimpik Pyeongchang pada 2018 dan juga tempat - tempat menarik di Pyeongchang yang perlu korang ketahui
Pyeongchang yang terletak di daerah Gangwon ini akan menjadi hos kepada Sukan Olimpik dan Paralimpik musim sejuk 2018. Jadi daerah yang terkenal dengan slogan, 'Happy700 Pyeongchang' ini bakal tersedia dengan pelbagai stadium serba baharu dan canggih sempena menyambut temasya sukan yang gilang gemilang pada tahun 2018 nanti
- Pyeongchang Olympic Stadium
Terletak di Daegwallyeong-myeon, kira-kira dua kilometer (1.2 bt) dari dari Alpensia Resort, Stadium yang berbentuk pentagon ini hanya akan menjadi lokasi sementara untuk acara pembukaan dan penutup Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.
Malah Stadium Olimpik PyeongChang ini akan berfungsi sebagai plaza pingat semasa permainan, penganjuran upacara penyampaian pingat. Dijangka siap pada September 2017, Stadium Olimpik PyeongChang ini bakal memuatkan 50,000 tempat duduk sementara, dan akan dipisahkan semula selepas acara PyeongChang 2018 berakhir.
- Alpensia Biathlon Centre
Terletak di Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do, Korea Selatan. Alpensia Biathlon Center ini terletak di resort Alpensia dimana bakal berlangsungnya acara biathlon.
Mampu memuatkan sehingga 7,500 orang penonton ,walaupun sudah lama disiapkan pada 1998, pelbagai pengubahsuaian telah dibuat dan disiapkan pada tahun 2007.
- Alpensia Ski Jumping Centre
Juga terletak di Alpensia Resort, kalau korang nak tahu pada asalnya Ski Jumping Centre ini bakal menjadi lokasi upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.
Tetapi setelah mengambil kira, ianya akan menjadi Ski Jumping Centre dan boleh digunakan untuk acara sukan Nordic dan Snowboard (air). Stadium ini mampu menampung sehingga 11,000 orang penonton pada satu masa
- Alpensia Centre Cross-Country Ski
Disiapkan pada tahun 1998. Pelbagai pengubahsuaian dan telah dinaiktaraf sepenuhnya pada tahun 2009.
Venue ini mampu memuatkan sehingga 7,500 orang penonton dan bakal berlangsungnya pertandingan ski merentas desa yang terletak di resort Alpensia.
- Alpensia Sliding Centre
Mempunyai trek sepanjang 2,018 meter , ia mampu menampung sehingga 7,000 penonton. Lokasi ini akan menempatkan bobsleigh, luge, dan trek rangka.
- Yongpyong Alpine Centre
Di sini agak popular kerana pernah menjadi tempat shooting beberapa drama korea seperti Winter Sonata , Goblin dan berlangsungnya acara Asian Winter Games 1999, Biathlon World Championships 2009, dan banyak lagi.
Yongpyong Alpine Centre juga dikenali sebagai Dragon Alley merupakan sebuah resort ski yang telah siap dibina pada tahun 1998. Lokasi ini boleh memuatkan sehingga 6,000 orang penonton.
- Bokwang Phoenix Snow Park
Lokasi tempat peranginan ski di Korea Selatan ini boleh memuatkan 18,000 orang penonton dan akan menjadi tempat untuk acara ski gaya bebas dan snowboard.
Malah ia juga merupakan salah satu lokasi popular di mana televisyen drama Autumn dalam My Heart telah dirakamkan. dan menjadikan Bokwang Snow Park ini antara venue paling besar untuk PyeongChang 2018.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi acara Olimpik dan Paralimpik ini korang boleh ke :
-
-
-
-
Haa itu stadium , sekarang ni aku nak share dengan korang tempat - tempat menarik di Pyeonchang
- Sky Ranch
Dibangunkan pada tahun 1974, Sky Ranch ini telah menapak selama 40 tahun dengan sebuah ladang sebesar 900 juta. Setakat ini, kira-kira 400 ekor lembu Holstein telah diternak bersama-sama dengan ratus Hanu (Korean Cow) dengan cara yang lebih mesra alam.
Ladang ini terletak di kawasan tanah tinggi, jadi cuaca di sini adalah begitu baik walaupun pada musim panas. Keadaan cuaca yang begitu baik menjadikan lokasi ini begitu ideal untuk bersiar - siar
Lokasi: 468 Hoenggye-ri, Daegwalnyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
- Samyang Ranch
Sebut samyang teringat mee samyang lol. Ladang Samyang ini merupakan padang rumput hijau yang terbesar di Asia. Di padang rumput yang luas ini menjadi habitat lembu intuk memakan rumput yang bersih dan segar sebelum hasil susunya diambil
Jika korang kesini jangan lepaskan pemandangan dari dataran tinggi yang boleh mencapai ketinggian 1,470 meter. Jika korang pergi ke tempat peninjau Daegwallyeong, korang boleh melihat sejauh Gangneung, Jumunjin, dan juga melepasi Laut Timur.
Lokasi: 708-9, Kkotbadyangji-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.
- Ladang Kambing Biri-Biri Daegwallyeong
Ladang Kambing Biri-Biri Daegwallyeong (Daegwallyeong Sheep Farm) adalah kawasan penternakan biri-biri dengan kawasan seluas 195 km, dimana ianya adalah kawasan milik persendirian. Ada banyak ladang di PyeongChang, tetapi di sini adalah satu-satunya kawasan yang ada menternak kambing biri-biri
Ladang ini sungguh besar sehingga ia mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk berjalan di sepanjang laluan pejalan kaki dimana korang boleh melihat kambing biri-biri meragut rumput. Di sini juga merupakan lokasi pengambaran filem “The Man from Mars”.Bestnya kalau dapat ke sini!
Lokasi 483-32, Daegwallyeongmaru-gil, Daegwannyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.
- Uiyaji Wind Village
Terletak di kawasan tanah tinggi di Pyeongchang mana Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 akan diadakan, Uiyaji Baram Maeul (Uiyaji Wind Village) merupakan sebuah kampung yang terletak di bahagian atas Daegwatllyeong.
Di Uiyaji Wind Village, korang boleh menikmati pelbagai jenis aktiviti seperti membuat keju atau ais krim serta menikmati pemandangan indah di atas dataran beku.
Lokasi 137, Kkotbadyangji-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.
- Jeonggangwon
Traditional Korean Food Culture Experience Center telah ditubuhkan bagi memelihara, untuk bahan penyelidikan, dan untuk mempromosikan nilai-nilai dan merit budaya makanan tradisional Korea pada dunia
Terdapat pelbagai kemudahan bagi merasai budaya tradisional seperti dewan pameran, bilik memasak dan bilik penapaian, yang meliputi kawasan seluas 10,000 pyeong (33.057,85 ㎡). Tempat ini sangat hebat untuk sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mengambil bahagian dalam pelbagai aspek budaya makanan tradisional Korea.
Lokasi 21-4, Baegokpo-ri, Yongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
- Woljeongsa Temple
Kuil Woljeongsa terletak di hutan timur lembah Gunung Odaesan, dan ianya terdiri daripada 60 kuil dan 8 biara yang dibuat ke dalam satu kompleks kuil yang besar. Woljeongsa Temple telah dibina oleh Monk Ja Jang (590 ~ 658).
Di Kuil Woljeongsa ini terdapat Muzium Seongbo mana korang boleh melihat budaya Buddha Dinasti Goryeo (918~1392), sembilan tingkat pagoda berbentuk segi lapan, juga dikenali sebagai Sari-Pagoda (pagoda relik), dan replika Buddha sedang duduk. Woljeongsa Kuil telah dipulihkan selepas perang Korea pada tahun 1950 apabila Chilbulbojeon, Yeongsanjeon, Gwaneungjeon, Jinyeonggak dan 17 bangunan lain telah dibakar.
Lokasi: 63, Dongsan-ri, Jinbu-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do
- Yongpyong Resort
Yongpyong Resort terletak di tengah-tengah banjaran gunung Baekdudaegan. Menerima purata 250 sentimeter salji setiap musim, menjadikan tempat ini sesuai untuk bermain ski. Bukan itu sahaja, kompleks sebesar tujuh belas juta meter persegi ini turut dilengkapi tempat peranginan termasuk padang golf 45 lubang, gondola, kolam renang, dan kemudahan lain
Yongpyong Resort begitu popular sehinggakan ia pernah menjadi tuan rumah untuk acara sukan berperingkat antarabangsa termasuk World Cup Ski Competition dan Asian Winter Games. Malah disini juga adalah salah satu lokasi pengambaran untuk drama Korea popular seperti Winter Sonata dan Goblin
Lokasi: 715, Olympic-ro, Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.
Best tak ? Haa ada banyak lagi fakta menarik mengenai persiapan Sukan Olimpik Dan Paralimpik Musim Sejuk Pyongyang 2018 yang menarik perlu korang ketahui tau! Nak tahu lagi, korang kenalah keep update dengan blog aku nanti.
No comments:
Post a Comment