Bercakap mengenai Johor Bahru,
selalunya tak pernah puas datang ke sini. Maklumlah kebanyakkanya adalah urusan
kerja. Tapi kerja pun sempat lah juga ke tempat - tempat menarik di Johor
Bahru
Jadi baru - baru ini sekali lagi
aku berkesempatan untuk ke Johor Bahru dengan menaiki Causeway Link,
sebuah jenama bagi syarikat bas terkemuka, Handal
Indah Sdn Bhd . Bezanya kali ini aku dan beberapa orang blogger dan media yang
lain diberi kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di
Johor Bahru menggunakan perkhidmatan terbaru dari Causeway
Link iaitu Travel Bus pass
Dengan menggunakan Travel Bus
pass ini, korang boleh ke pelbagai tempat menarik di Johor
Bahru tanpa perlu membayar tambang berulang kali. Malah bukan itu
sahaja, dengan pembelian Travel Bus Pass ini juga korang dapat
ke tempat - tempat menarik di Singapura tau
Buat masa ini, sebanyak 16 laluan disediakan
dengan 31 lokasi strategik di Johor Bharu dan Singapura bagi membantu
memudahkan perjalanan para pelancong. So, antara tempat - tempat menarik
yang korang boleh kunjungi menggunakan perkhidmatan Causeway Link Rapid
Bus Pass ini adalah:
1. Angry Bird Activity Park
2. Legoland Malaysia Resort
3. Hello Kitty Town
4. Johor Premium Outlet
5. Lapangan Terbang Senai dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, Selain daripada itu,
bagi pemegang kad Travel Bus Pass korang berpeluang untuk
menikmati beberapa kemudahan dan diskaun hebat daripada beberapa taman tema,
pusat membeli belah, restoran dan banyak lagi. Antara diskaun hebat sempena
pengenalan Travel Bus Pass ini adalah :
a.
Introductory Product Promotion of Travel Bus Pass:
1.
RM46 for 2-days Travel Bus Pass (original price is RM55)
2.
RM66 for 3-days Travel Bus Pass (original price is RM80)
b.
Bundled Packaged with Causeway Link Direct Coach Service (RM57 for one way)
1.
RM114 (with return ticket) + RM 15 additional charge for 2-days Travel Bus Pass
2.
RM114 (with return ticket) + RM 20 additional charge for 3-days Travel Bus Pass
Bas Causeway Link ni cantik dan ada di kebanyakan negeri dan tempat. Macam
kiteorang haritu naik dari KL. So untuk korang yang ingin bercuti di Johor
Bahru menggunakan Travel Bus Pass , korang
boleh menunggu di Swiss-Garden Hotel, Bukit Bintang Kuala
Lumpur. Dari sini, bas ini akan terus ke LEGOLAND
Malaysia Resort dan Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town
di Johor Bahru.
Berapa jam? Adalah
dekat 4- 5 jam bergantung kepada keadaan trafik semasa. Untuk korang yang
berminat untuk dapatkan Travel Bus Pass ini kaunter pembelian
disediakan di beberapa tempat strategik di negeri Johor untuk memudahkan
korang dapatkannya. Antaranya adalah di
Singapore
- IMM Mall(02-62, Level 2 - Directly above
Burger King)
Malaysia
- Giant
Nusa Bestari(Ground Floor)
- JB Sentral
- KSL City Mall - Main Entrance
- Gelang
Patah Sentral - UG2/3
- Larkin
Sentral
- Senai
Airport
- CIQ 1st
Link
- Mall Of
Medini
So lepas ni kalau korang nak jalan -
jalan di Johor Bahru atau Singapore senang la sebah dah ada Travel Bus Pass
dari Causeway Link ni
Untuk maklumat lanjut korang boleh
layari
No comments:
Post a Comment