Total Pageviews

Korang Pelajar Universiti? Jika Ya Korang Harus Sertai VEST 2017

Aku berani cakap , kebanyakan readers aku mesti ramai yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Universiti



Jika Ya , korang kena baca entry ini sampai habis kerana ini peluang besar untuk korang yang diberikan oleh Perbadanan Nasional Berhad ( PNS ) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK)




Pada 28 April baru - baru ini bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) aku sempat ke sana bagi melihat sendiri program ilmuan khas untuk pelajar - pelajar universiti di Malaysia yang berminat dengan keusahawanan. 




Program pertandingan yang diberi nama VEST - Varsity Entrepreneurship Skills & Talent 2017 bakal melibatkan 1000 mahasiswa yang terpilih dari 20 Institusi pengajian seluruh negara dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan. 


Sebab apa aku kata ini peluang besar untuk korang? Ini kerana para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sejumlah RM 50,000. Banyak kan? Malah dalam tempoh 6 bulan peserta bakal didedahkan dengan teknik - teknik terkini jualan , pemasaran ,penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan sebagai persediaan langkah bergelar usahawan 




Kalau nak tahu, program VEST 2017 ini telah diilhamkan oleh YB Dato Seri Hamzah Zainudin yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadi usahawan. Penuh wei dewan canselor USIM dengan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPT. 






Malah dalam masa yang sama, selebriti dan usahawan muda, Fizo Omar turut berkongsi pengalaman beliau susah dan senang dalam bergelar usahawan. 



Korang yang masih lagi belajar di universiti dan berminat dengan keusahawanan ni jangan lepaskan peluang tau. Terdapat banyak tawaran yang diberikan oleh agensi - agensi di bawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ), Bank Rakyat , Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM ) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)


Antara peluang yang ditawarkan untuk mahasiswa adalah : 

  • Peluang mendaftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA melalui Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan 
  • Peluang untuk membuka akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat  tanpa pencadang. Cuma RM100 untuk pendaftaran 
  • Peluang mendaftar hak cipta/logo perniagaan melalui MyIPO secara PERCUMA 
  • Peluang mendaftar koperasi melalui SKM
  • Peluang pembiayaan perniagaan melalui PNS



Haa banyak kan peluang yang ada? Rugi kalau korang lepaskan peluang yang ada. Untuk korang yang ingin join pertandingan VEST 2017 ini ianya terbuka kepada semua pelajar IPT yang berusia 18 tahun hingga 25 tahun. 

Tarikh penyertaan bermula dari 21 April 2017 sehingga 10 Mei 2017. Pelajar universiti yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui unit keusahawanan universiti masing - masing atau rujuk laman web PNS untuk maklumat lanjut. Jangan lupa join dan selamat berjaya! 


No comments: