Total Pageviews

Selepas Ditutup Downtown Cheras Kini Dikenali Sebagai KL Carnival Bukit Jalil

Masih aku ingat lagi jika dahulu pada waktu malam, member selalu ajak lepak Downtown Cheras yang merupakan salah satu tempat menarik di Cheras. Boleh dikatakan disini merupakan syurga membeli belah buat mereka yang ingin membeli pakaian murah, gadget, menjamu selera dan pelbagai lagi 


Namun begitu, disebabkan atas beberapa faktor, lokasi asal Downtown Cheras terpaksa ditutup dan menyebabkan nama Downtown Cheras hilang taringnya. 



Tapi kini berita baik untuk semua peminat Downtown Cheras kerana Downtown kini kembali dengan nafas baru, lokasi baru dan bakal menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Jika dahulu ianya Downtown Cheras kini ianya berubah menjadi KL Carnival yang terletak di lokasi baru iaitu berhampiran Stadium Hoki dan Stadium Bukit Jalil


lakaran KL Carnival


Jika dahulu hanya payung atau khemah kecil yang menghiasi Downtown, kini KL Carnival jauh lebih maju kerana ianya bakal menggunakan konsep kontena dan sekali gus menjadi bazar yang berkonsepkan kontena terbesar di Asia 



Walau bagaimanapun khemah still ada, tapi kali ini tapak KL Carnival jauh lebih besar dari sebelumnya dengan beranggaran 300 kontena dan 300 khemah disediakan untuk para peniaga 

Fakta Menarik Mengenai KL Carnival Bukit Jalil 
  • Kontena bakal berkonsepkan hipster pop-up flea market.
  • dibina di dalam metal shipping containers.
  • Merupakan yang pertama di Malaysia dan terbesar di Asia yang dibina dari recycled containers
  • lebih daripada 100 jenis cafe bakal menyediakan pelbagai jenis makanan dengan harga yang berpatutan.
  • Kemudahan seperti lebih daripada 3000 unit parking lot tersedia di  kawasan KL Carnival.
  • Dijangka lebih dari 50 ribu pengunjung bakal membanjiri KL Carnival
  • Bakal dimeriahkan dengan konsert dan busker yang menampilkan artis setiap minggu 



Kalau korang pergi ke sini, jangan hairan pula kenapa sikit sahaja kontena nya. Ini kerana kontena akan diletakkan secara berperingkat. Buat masa ini hanya 50 kontena tersedia dan bakal ditambah dari semasa ke semasa. 

antara artis yang hadir pada majlis ramah mesra bersama media 





Korang peniaga dan nak berniaga dekat sini? Haa boleh korang kena sedia maklum dengan harga dan tarikh - tarikh berikut ya 




HARGA TEMPAHAN CANOPY DAN KONTENA KL CARNIVAL :-

SEWA CANOPY - RM450+ 
  • Canopy size 10' x 10'
  • Yuran daftar percuma
  • 1 bulan rental advanced
  • Nak sewa klik sini


SEWA KONTENA - RM1300
  • Kontena (20'x10')
  • Yuran daftar percuma + 3 bulan rental advanced
  • Boleh pilih separuh kontena
  •  Nak sewa klik sini


SEWA KONTENA - RM1600+
  • Standalone Kontena
  • Kontena (20'x10')
  • Boleh upgrade 2 tingkat.
  • Yuran daftar percuma + 3 bulan rental advanced
  • Nak sewa klik sini
walaupun aku duduk jauh di Shah Alam ni, tapi tak sabar weh nak tengok KL Carnival yang dijangka pelancarannya pada 24 Mac ini. Mesti hipster gilos! 




P/S : KL Carnival (M) Sdn.Bhd. merupakan syarikat yang telah berpengalaman di dalam mengendalikan Carnival Event. Lebih 10 tahun pengalaman menguruskan KL Downtown dan sekarang KL Carnival Kontena Market. KL Carnival bakal beroperasi pada 1/3/2017. Berbeza dengan bazar sebelum ini, KL Carnival bakal melakukan satu revolusi dengan konsep dan idea yang baru dan lebih interaktif serta menarik minat pengunjung. 


1 comment:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

nak meniaga dkt hati awk bleh? ;p