Total Pageviews

RestoranTerapung D'Saji KL Titiwangsa Menyediakan Makanan Melayu Asli Yang Sedap!

Siapa yang duduk di area Titiwangsa, Kuala Lumpur dan ingin mencari tempat makan makanan melayu korang boleh cuba makan di Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa




Aku berani bet la ramai sebenarnya nak cari tempat makan sedap di Kuala Lumpur tapi susah nak jumpa kan? At last mamak juga LOL. Memandangkan aku dah share ni korang bolehlah cuba makan dekat sini. Komen aku bila makan dekat sini - sedap! Bukan sebab aku dibayar ke ataupun ayah aku punya restoran ke apa, tapi jujur cakap sedap weh. Haritu nak cuba dia punya daging salai which is my favourite, habis weh. Hampa sekejap hahaah



Bukan setakat daging salai masak lemak dengan pucuk paku je ada dekat sini. Pelbagai makanan melayu asli ada dekat sini termasuklah juadah yang susah nak jumpa sekarang. Antaranya adalah Gulai Kawah Kambing , Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Singgang Daging, ubi dan pisang rebus dan banyak lagi. 











Sekarang ni tengah ada promosi tau untuk menikmati lunch disini. Harga asal untuk makanan buffet disini adalah RM 38+ seorang. Tetapi promosi terkini adalah RM29+ yang bagi aku amat berpatutan dengan tersedia lebih dari 50 jenis makanan. Promosi ini sehingga sebelum ramadhan je tau. better cepat 




Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang terletak di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini cantik tau sebab dia berkonsepkan restoran terapung di atas tasik





Malah kalau korang makan malam disini, bukan sahaja panoramanya yang cantik tetapi korang akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan "Gala Dinner & Cultural Show" yang dipersembahkan setiap hari untuk para pengunjung 




Untuk menikmati makan malam buffet disini, harganya adalah RM45+ berbanding RM62+.Promosi weh! 




Kalau rasa nak makan steamboat atau grilled BBQ , turut disediakan disini. Korang kena try juga Kuey Teow Kambing dia. Dengar cerita sedap. Aku tak makan kambing so tak boleh nak komen





Restoran makanan melayu ini juga terkenal dengan khidmat katering nya . Menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25.00+ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain. Di restoran ini terdapat dewan banquet yang boleh memuatkan 500 orang, bilik seminar 320 orang, teres terbuka 450 orang dan bilik Mayor Lounge Room seramai 70 orang. Restoran ini juga sedia menerima tempahan lebih dari satu majlis untuk satu-satu masa. 






Bagi pasangan mempelai, nak rare?  kemudahan istimewa helicopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan indah korang. Bagi majlis-majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga menyediakan perkhidmatan maskot untuk menyerikan lagi majlis.




Berita baik untuk korang yang bernama Manisah.20 orang yang pertama bernama MANISAH  boleh datang kesini untuk menikmati juadah Malay Authentic Buffet Lunch secara PERCUMA pada 23 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017. Tolong beritahu kawan-kawan korang yang bernama MANISAH (Sila tunjuk ic nanti untuk pengesahan di kaunter juruwang)




Untuk  maklumat lanjut mengenai“ Malay Authentic Buffet Lunch” ini, korang boleh  contact  Pegawai  Perhubungan  Awam  dan  Pemasaran  Felda  D’ Saji Restaurant & Café Sdb Bhd,  Encik  Izzuddin Md Darus di  talian  03-40210098 atau email  ke dsajikltitiwangsa@felda.net.my




p/s : Tak sabar tunggu promosi Ramadhan RestoranTerapung D'Saji KL Titiwangsa 

No comments: