Total Pageviews

Resipi Rendang Hitam Istana Perak Mak Siti

Jangan cakap abang tak payung resipi! Haa ingat apa? Tak reti masak? Calon suami yang terbaik adalah calon yang pandai masak tau. LOL 



Di kesempatan entry kali ini, aku nak kongsikan dengan korang resipi Rendang Hitam Istana Perak Mak Siti. Kenapa Mak Siti? Sebabnya aku gunakan bahan utama iaitu rempah Mak Siti yang gerenti sedap. 


Kepada korang yang was - was mengenai rempah ratus, takut tak halal apa kata gunakan rempah ratus dari Mak Siti. Bukan setakat halal malah sedap! 

so kali ini aku nak ajar korang masak rendang hitam yang merupakan resipi turun  - temurun family aku. Dulunya arwah nenek aku tukang masak di Istana Perak, jadi rendang hitam ini merupakan salah satu menu yang ada di istana termasuklah cucur roti


Kalau aku boleh masak, takkan korang tak boleh ye dak? So jom start! 


Bahan - bahan yang diperlukan 




1 Kilo daging ( direbus untuk dapatkan stok daging) 

Bahan Perapan 


Bahan A
2 biji bawang besar ( kalau besar memadai hanya 1) 
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih 
1 batang kulit kayu manis 
3 tangkai bunga lawang 
20 tangkai cili kering ( ikut selera, jika mahu pedas atau kurang pedas boleh tambah atau kurangkan)

Bahan B
1 Sudu besar rempah kari daging Mak Siti 
5 sudu besar kicap manis 
1- 2 sudu besar kicap masin ( boleh digantikan dengan garam) 

Bahan C
2 sudu besar kerisik 
3 batang serai dititik 
1/4 gula melaka

bahan - bahannya senang kan? Jadi jom kita mula memasak 

  1. Mula - mula kesemua bahan A tadi digoreng seketika. Jika petua orang dahulu, bawang besar cuma perlu dipotong 4 dan dipotong kasar. Tak perlu potong secara kecil - kecil
  2. Selepas menggoreng, toskan kesemua bahan tadi. 
  3. Asingkan kulit kayu manis dan bunga lawang 
  4. Blendkan kesemua bahan dengan sedikit air rebusan daging tadi kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga lumat 
  5. Setelah blend, campurkan bahan tadi bersama - sama daging, rempah kari daging Mak Siti 
  6. Campurkan bersama kicap manis dan kicap masin. Dekat sini pastikan kicap manis letak banyak sedikit sehingga menampakkan warnanya kehitaman 
  7. Panaskan minyak dan titikan bersama 3 batang serai, kulit kayu manis dan bunga lawang tadi. 
  8. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi dan masak seketika 
  9. Masukkan gula melaka
  10. Setelah nampak daging separuh masak, masukkan kerisik. Jika mahu letakkan sedikit santan
  11. Resipi ini memerlukan korang sentiasa cuba untuk rasa. Lawankan rasa dengan kicap manis dan kicap masin supaya ianya menjadi manis - manis pedas 
  12. Setelah daging nampak empuk dan masak, bolehlah tutup api dan hidangkan! 




Mudah kan? Menu ini boleh dikatakan menu wajib setiap kali hari raya. Malah aku start masak rendang ini time umur aku 19 tahun lagi. Sekarang dah 25 lol 

Cumanya aku harap korang jadikan menu ini sebagai sajian di rumah dan bukanlah untuk tujuan perniagaan ke apa, maklumlah resipi ini turun temurun. Niat aku kongsikan resipi ini pun sebab ramai yang request


Yang penting gunakan rempah dari Mak Siti. Barulah sedap. Selamat mencuba! 

Buat yang nak beli rempah ratus Mak Siti ni boleh dapatkan di pasaraya berdekatan atau lagi mudah kalau beli online! 

Untuk maklumat lanjut : 

Website : www.maksiti.com
WhatsApp : +6017-3309 330


No comments: