Rawatan Bekam Dan Resdung Dari DR Hijama
Siapa pernah berbekam? Sakit tak? Kalau ditanya aku, dulu pernah sekali je berbekam . Kalau tak silap pada tahun lepas, Sakit tak berbekam? Tak pun malah bila habis je berbekam, badan rasa lebih ringan. Untuk korang yang ingin mencari tempat berbekam yang dipercayai , mungkin boleh dapatkan khidmat Dr Hijama. Baik lelaki atau perempuan kedua - duanya pun boleh dapatkan rawatan disini .
Kalau nak tahu, DR Hijama adalah sebuah klinik perubatan komplementari yang diasaskan oleh doktor perubatan. DR Hijama menyediakan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan secara ilmiah dan rawatan yang profesional khususnya rawatan bekam dan resdung. So yang ada resdung pun boleh dapatkan rawatan disini
Dekat sini aku senaraikan kenapa perlu berbekam dan manfaat bekam
Bekam mempunyai 1001 manfaat untuk kesihatan tubuh badan terutama dalam aspek pencegahan pelbagai jenis penyakit.
Disini tersenarai 10 sebab perlu berbekam
1. Kerap sakit kepala atau migrain
2. Sakit atau sengal-sengal di bahagian leher dan bahu
3. Lenguh-lenguh di bahagian belikat/pinggang/pinggul
4. Badan terasa lesu, letih dan sering mengantuk
5. Kadar gula melebihi paras normal
6. Kadar total kolesterol dan kolesterol jahat (LDL) melebihi paras normal.
7. Sakit-sakit sendi terutama kaki disebabkan gout
8. Tekanan darah tinggi
9. Haid tidak teratur/lancar atau kerap senggugut
10. Kulit wajah kusam dan jerawat melanda
Ini baru sikit je tau. Macam aku ada masalah liquid di tulang cepat kering dan selalu lenguh, berbekam dapatlah merawat sedikit penyakit ini tau.
Untuk pengetahuan korang juga, kajian ilmiah di HUSM oleh Prof. Dr. Abd Aziz Al-Safi telah menemui bekam boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (cardiovascular diseases) atau lebih dikenali penyakit 4 serangkai iaitu diabetis, darah tinggi, tinggi asid urik & tinggi kolesterol.
Jangan tunggu dah tua bagai baru nak berbekam dan merawat. Jika korang sihat dan tidak punya penyakit, itu lebih baik untuk anda berbekam sebagai pencegahan dalam badan korang. Pernah dengar Mencegah lebih baik dari mengubati? hehehee
Servis DR Hijama
Bekam Klinikal
Bekam dijalankan dengan kaedah klinikal. Ia adalah bersih dan selamat dari risiko penyakit berjangkit.Sesi dimulakan dengan terapi infra-red untuk meransang peredaran darah, juga dapat membantu masalah sakit-sakit otot.
Seterusnya diikuti terapi bekam luncur yang berfungsi sebagai urutan dan bekam angin yang memberi efek kebas sebelum bekam darah dijalankan. Kesemua proses dijalankan dengan penuh teliti dan pelanggan tidak perlu berasa gementar kerana perawat akan sentiasa membantu korang sepanjang tempoh rawatan.
2. Bekam Kosmetik
DR Hijama juga menawarkan bekam kosmetik yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan berseri secara semulajadi. Tapi tak perlu risau dengan kesan lebam bekam sebab pihak Dr Hijama menggunakan teknik khas yang dapat meminimakan kesan tersebut. Jadi tak nampak sangat kesan bekam tu.
Fungsi dan kebaikan bekam kosmetik;
- Mengurangkan masalah jerawat yang teruk.
- Membantu mengurangkan masalah jeragat @ pigmentasi dan kulit kusam.
- Membantu mengurangkan masalah resdung.
- Meransang keanjalan kulit secara semulajadi.
- Menjadikan kulit lebih segar dan berseri.
Jadi kalau dah buat bekam kosmetik ni, rasanya dah tak perlu sangat nak pakai pencuci muka sebab kesannya boleh nampak secara semula jadi dan pastinya lebih baik.Untuk korang yang ada masalah jerawat tu boleh la cuba
3. Rawatan Resdung Bioherbs
Selain dari bekam, Dr Hijima juga menawarkan rawatan resdung bioherbs. Rawatan ini menggunakan teknik pengeluaran ‘stagnant mucus’ yang menjadi punca resdung.
Ianya sesuai untuk sesiapa yang mempunyai simtom-simtom alahan dan resdung seperti kerap bersin, hidung kerap berair, hidung tersumbat, gatal di kawasan sekitar muka dan telinga, kerap sakit kepala dan bahagian depan muka, dan masalah jerawat. Teknik Rawatan Resdung Bioherba 8 dalam 1 ini sesuai untuk pelbagai peringkat umur seawal usia 7 tahun.
Haa nampak tak? Banyak juga rawatan yang disediakan disini. Selain itu, korang kena tahu juga fakta lain mengenai DR Hijama
KONSULTANSI
Pelanggan akan diberi penerangan dan informasi berkenaan rawatan yang akan dijalankan.
PEMERIKSAAN KESIHATAN:
Setiap pelanggan akan menjalani pemeriksaan kesihatan asas sebelum sesi rawatan bermula.
MEMENTINGKAN KEBERSIHAN STERILITI ALATAN:
DR Hijama sangat mementingkan steriliti alatan dan kebersihan tempat rawatan untuk mengelakkan risiko penyakit berjangkit yang berbahaya sepert HIV & Hepatitis B. Alatan akan dicuci mengikut prosedur yang ketat seperti menggunakan cecair nyah kuman khas
MENYEDIAKAN PERAWAT LELAKI & WANITA:
DR Hijama mempunyai team perawat lelaki dan wanita yang terlatih dan professional. So tak ada masalah terutama yang bagi perempuan untuk dapatkan rawatan disini
TEMPAT RAWATAN:
Mempunyai bilik rawatan khas untuk lelaki dan wanita. Bersih, selesa dan menenangkan. Juga menyediakan ruang menunggu dan ruang solat.
HARGA YANG BERPATUTAN
BERITA GEMBIRA, PROMOSI TERKINI DR HIJAMA!!Diskaun 20% untuk rawatan di DR Hijama sempena ulang tahun ke -2. Jangan lupa untuk book temujanji korang sekarang!
Haaa nampak tak? Insyallah aku pun akan cuba dapatkan rawatan disini. Tak larat dah weh. Nanti kalau aku kesini, aku akan tulis pengalaman berbekam ya!
Maklumat lanjut :
HOTLINE: 013-6245430
WEBSITE: drhijama.com
FB: DR Hijama Bekam Profesional
INSTAGRAM: drhijama_
Cawangan:
DR Hijama Seri Kembangan: A-9- 1, Blok A, Jln. PP 25, Putra Walk, Taman Pinggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Landmark: Atas MyMydin, berhadapan Jusco Equine & berhampiran Pasar Borong Selangor
DR Hijama Meru: NO 21A, Jalan Meranti Sutera, 1/KU 10, Pekan Meru, Klang.
Landmark: Atas PENKO, berhadapan NSK Meru
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Selasa (10 pagi – 10 malam)
Rawatan dengan temujanji
No comments:
Post a Comment