Total Pageviews

Hi guys! Korang tahu tak pada tahun hadapan, PyeongChang yang terletak di Korea Selatan, bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk. Baru - baru ini sempat aku tengok preview persiapan dan antara acara yang bakal dipertandingkan. 


Tempatnya sangat cantik dan membuatkan aku terasa nak sangat pergi kesana,manalah tahu ada rezeki kan? Menariknya mengenai Olimpik Musim Sejuk ini, ianya hanya akan dilakukan pada musim sejuk di negara yang ada musim sejuk. Dan kali ini tuah berpihak kepada PyeongChang yang khabarnya sudah membuat persiapan lebih dari 10 tahun. Wow!!! Hebat tau! Berikut antara persiapan dan jangkaan yang kita bakal saksikan pada tahun 2018 nanti 

Lokasi Acara- Acara Sukan Olimpik


Kalau nak tahu, terdapat 2 bahagian untuk acara olimpik bakal diadakan iaitu bahagian  Sukan Ais dan Sukan Salji & Gelongsor

Lokasi acara ujian sukan Salji & Gelongsor;



Kesemua lokasi acara Sukan Olimpik ini sedang masuk ke persiapan akhir dengan 6 lokasi terbaru untuk pertandingan yang masih dalam pembinaan telah siap 96.3%, dan ianya berjalan lancar dan siap lebih awal dari yang dijangkakan. Hebat kan? 



Menariknya lagi, semua lokasi stadium dan persiapan untuk sukan olimpik ini dijangka siap menjelang akhir tahun ini membabitkan  13 stadium yang akan digunakan untuk pertandingan, di mana ada 8  kluster gunung, dan 5 kluster pantai.



Dijangka sebanyak 29 acara bakal berlangsung sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk  PyeongChang 2018, 20 acara Olympic, 5 acara Paralympic , 2 acara bukan pertandingan dan 2 acara bukan sukan 

Pengangkutan

Yang paling mengagumkan, bersempena dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk  PyeongChang 2018 Kereta Api berkelajuan tinggi telah direka untuk  membawa penonton dari Seoul di bawah purata dua jam. Keretapi Yeongdong Express Highway yang ke-2 ini telah siap pada tahun lepas dan bersedia untuk ujiannya pada musim panas ini. So kalau nak datang ke sini lagi mudah dan cepat!
Hello 2018 PyeongChang Winter Olympic




Korang tahu tak pada 8 Februari yang lepas bertempat di Seoul,  jam OMEGA telah memulakan kiraan detik untuk 2018 PyeongChang Winter Olympic. Selama 10 hari hari Wilayah Gangwon meraikan detik temasya sukan olimpik ini. Dalam majlis yang sama jualan tiket kepada umum, dan  rekaan rasmi Obor Olimpik  telah diperkenalkan. Cantik!

Melihatkan kepada persiapan nya membuatkan aku sangat teruja, moga ada rezeki ke sini. Aminn, Jangan lupa keep update dengan post aku mengenai Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 

Untuk maklumat lanjut mengenai persiapan sukan olimpik ini korang boleh klik SINI 

Persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 Rancak !

by on 31.3.17
Hi guys! Korang tahu tak pada tahun hadapan, PyeongChang yang terletak di Korea Selatan , bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Mu...
8 Perkara Untuk Pembeli Rumah di Pulau Pinang





Jika korang sukakan suasana yang tenang dan damai, Pulau Pinang mungkin adalah pilihan yang tepat untuk korang. Dengan pemandangan yang menakjubkan, korang boleh menenangkan minda dan melarikan diri dari kesibukan kota, dengan tiada kesesakan di jalan raya, di sinilah naluri membeli rumah korang perlu dibuka. 


Jika korang serius mahu berpindah ke Pulau Pinang, berikut adalah tip yang korang boleh ikut.

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan

1. Ia memakan duit. Menurut The Malaysian Insider, harga hartanah di Pulau Pinang adalah kira- kira lima kali lebih tinggi dari kadar pendapatan purata setempat. Ini bermakna korang perlu betul- betul bersedia sebelum mula dengan langkah seterusnya. Jika korang ada menyimpan, korang perlu buat carian berkenaan pilihan kewangan yang ada untuk memastikan korang layak Banyak lagi pilihan lain untuk membuat pinjaman selain bank. Pastikan korang buat kajian dahulu sebelum membuat keputusan.


2. Sejarah kredit korang adalah sangat penting. Institusi pinjaman akan meneliti kewangan korang dengan teliti. Jika korang ada sejarah kredit yang teruk - hutang kad kredit yang banyak, pinjaman yang tidak dibayar, dan lain -lain - ucapkan selamat tinggal pada pinjaman korang. Walaupun korang ada  pilihan lain, korang mungkin akan dikenakan faedah yang tinggi. 


Ini disebabkan sejarah kredit korang menentukan polisi risiko korang. Untuk mengelakkan perkara ini, buat apa saja yang boleh untuk memastikan rekod kredit korang bersih. Pastikan juga maklumat yang korang ada itu tepat. Maklumat yang salah boleh menyebabkan pinjaman korang ditangguhkan dan melambatkan proses.

3. Ukur baju di badan sendiri. Teliti kemampuan kewangan korang. Teliti dengan halus dan tajam. Ketahui berapa yang korang mampu bayar. Ketahui juga berapa peruntukan yang korang  ada. Kemudian cari rumah di Pulau Pinang yang berada dalam kemampuan korang. Tiada guna untuk korang mencari rumah yang di luar kemampuan korang.

 Ia hanya membazir masa dan korang cuma menurut nafsu sahaja dengan membeli rumah yang berada di luar kemampuan korang. Dengan mencari rumah yang korang mampu, korang tidak perlu bergelut dengan keputusan pembelian jika korang membeli rumah yang di luar kemampuan korang.

4. Pilih yang mudah, bak kata The Malay Mail Online. Jika korang terpaksa memilih di antara membeli rumah di bandar- di lokasi utama- dengan bayaran lebih mahal daripada membeli di - kawasan yang terletak dua atau tiga jam daripada bandar - dengan harga yang lebih rendah, manakah pilihan korang? Kebanyakan orang, yang tidak pernah nampak akan kelebihan membeli rumah, tidak kisah akan lokasi rumah. 

Tetapi itu fikiran yang salah. Korang perlu pertimbangkan kemudahan, masa perjalanan, tekanan semasa bergerak. Jadi pilihlah pilihan yang memudahkan. Ia pelaburan yang sangat baik untuk masa depan. Jika korang  pilih rumah yang lebih murah, bersedialah untuk keluarkan duit lebih untuk bergerak dan jangan lupa masa dan tenaga yang perlu digunakan.

5. Gunakan pencari hartanah dengan sebaiknya. Untuk membuat carian terbaik, pergi ke enjin carian atas talian. Mencari property for sale dalam Penang dengan Property Guru adalah sangat mudah. Laman web hartanah seperti ini biasanya sangat mudah dan tidak banyak masalah. Untuk mereka yang ingin membeli rumah, ini adalah alat yang baik untuk digunakan.

6. Baca perjanjian dengan teliti. Pastikan korang tahu apa yang perlu sebelum memeterai perjanjian, ini termasuklah membaca dengan teliti perjanjian akhir korang. Bantah apa sahaja terma dan syarat yang nampak mencurigakan. Dapatkan penjelasan sekiranya ada yang tidak korang fahami dengan terperinci. Semakin korang faham berkenaan akibat perundangan perjanjian, semakin baik keputusan korang.

7. Bebas daripada hutang. Jika korang masih bergelut dengan hutang, buat sesuatu untuk keluar dari belenggu itu. Cari peluang pendapatan lain supaya korang boleh melangsaikan hutang korangdengan lebih cepat. Bila korang membeli rumah, adalah baik untuk korang mulakan dengan rekod bersih. Dengan hutang yang masih ada, kewangan korang akan terjejas. Jadi langsaikan hutang korang dahulu. Kemudian barulah berfikir untuk membeli rumah.

8. Pastikan korang sukakan rumah korang. Walaupun kemampuan kewangan sangat mempengaruhi rumah yang korang boleh beli, pastikan korang pilih rumah yang korang suka. Jika tiada yang menarik pada pandangan mata, lihatlah lebih daripada tatarias yang ada. Hargai asas binaan yang baik. Korang tidak perlu ada mahligai untuk mula menyukai rumah korang. Korang cuma perlu bayangkan korang di ruang tersebut untuk merasa korang berada di rumah.

Kesimpulan

Pembelian rumah sangat memeningkan, tapi tiada sebab untuk korang kelam-kabut. Dengan alat yang betul dan kesabaran yang tinggi korang boleh mencari rumah ideal korang di Pulau Pinang.

8 Perkara Untuk Pembeli Rumah di Pulau Pinang

by on 29.3.17
8 Perkara Untuk Pembeli Rumah di Pulau Pinang Jika korang sukakan suasana yang tenang dan damai, Pulau Pinang mungkin adal...

Bercakap pasal pomade terkini, memang sedang menjadi viral. Bila bercakap pasal produk penjagaan rambut lelaki, rata - rata akan bercakap mengenai pomade




To be honest, aku sendiri tak pakai pomade sebab lebih selesa memakai wax rambut. Bukan sebab tak nak, tapi belum berkesempatan untuk mencuba. Sampailah satu hari, aku diberi oleh kenalan, Enjoy Hair Lab Pomade sebuah pomade jenama sendiri untuk aku cuba sendiri.




Berdasarkan pengalaman memakai pomade ini, aku boleh cakap yang Enjoy Hair Lab Pomade ini tidak melekit dan baunya wangi - not to strong. Kebiasaannya bagi produk penjagaan rambut yang mempunyai bau yang terlalu kuat takut nanti ada effectnya. So far pomade dari Enjoy Hair Lab ini mudah digayakan. 



Kelebihan Enjoy Hair Lab Pomade : 

- water based (senang dicuci)
- boleh dibawa solat 
- tidak melekit
- senang di'style'
- bau buah-buahan
- saiz compact (mudah dibawa)


Kalau korang nak tahu, Enjoy Hair Lab Pomade mendapat nama dari  ENJOY iaitu nama timangan founder iaitu JOY. So  En. Joy (ENJOY) ni sebenarnya dah  start jual pomade ni dah hampir setahun. Pomade yang dibuat pula berdasarkan water based dengan 3 haruman iaitu Citrus, Grape dan Apple. Yang aku dapat adalah haruman Citrus. Memang wangi! Akan datang nanti Enjoy Hair Lab akan hadir dengan perfume scent. Confirm wangi! 




Untuk aku sendiri, pomade ini membantu menggayakan rambut terutama apabila ada event, Mudah! 

Terima kasih Enjoy Hair Lab! Untuk dapatkan pomade ini jangan lupa : 

Whatsapp : 016-6221193
Facebook : Hujungjaridotcom
#supportbrandmalaysia
#pomadebrandsendiri
#pomademalaysia



Pomade Lelaki Terkini

by on 28.3.17
Bercakap pasal pomade terkini , memang sedang menjadi viral. Bila bercakap pasal produk penjagaan rambut lelaki , rata - rata akan berc...
Jenama pakaian muslim terkenal , Binqareem kini melebarkan  sayapnya dengan membuka sebuah lagi cawangan baru butik Binqareem di Plaza Angsana Johor Bahru





Jika sebelum ini Binqareem berada di Shah Alam dan Kilang Bateri Johor Bahru, kini butik dan konsep Butik Binqareem di Plaza Angsana jauh lebih kontemporari dan cantik !








Untuk pengetahuan korang, aku memang penggemar jenama Binqareem ini. Dan ini adalah tahun keempat aku setia dengan jenama pakaian lelaki terkenal ini. Sebab apa aku suka? Sebab rekaan pakaian dari Binqareem sentiasa cantik dan memenuhi citarasa aku. Baik dari jubah lelaki ataupun kurta lelaki. Semuanya cantik - cantik belaka. 














Malah kalau korang tengok signature dia pun, korang akan tahu ini adalah jenama Binqareem. Baju - baju Binqareem ini sempat juga aku bawa ke overseas sebelum ini iaitu di Kunming China. 



Setiap kali raya juga baju dan jenama Binqareem ini aku akan dapatkan at least sehelai, 





Pada tahun ini, Binqareem sekali lagi membuat kejutan. Selain butik terbaru, Binqareem turut melancarkan wax nya sendiri dan baru sahaja selesai mencari New face of Binqareem 2017. Tahniah diucapkan buat semua finalis dan top3 yang terpilih. Semoga wajah - wajah korang akan menarik lebih ramai lagi peminat Binqareem. 




Bercakap pasal wax Binqareem aku akan kongsikan pada entry yang akan datang. Sebelum itu, untuk korang yang ingin dapatkan jubah lelaki terkini atau kurta lelaki terkini, boleh dapatkan di Binqareem dengan berkunjung ke butik mereka atau beli secara online! 

Baca juga : 

BINQAREEM Boutique SHAH ALAM:
F-28-G, Alam Evenue2, Jalan Serai Wangi N,
16/N, Persiaran Selangor, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor.

BINQAREEM Boutique JOHOR BHARU:
Lot D11, Bateri, No. 83, Jalan Tampoi,
81200 Johor Bharu.


For any enquiries, Call/Whatsapp 
+6018-362 4345 (Johor)
+60 18 381 2283 / +603 5524 2932 (Shah Alam)

Binqareem Kini Dibuka Di Plaza Angsana Johor Bahru

by on 27.3.17
Jenama pakaian muslim terkenal , Binqareem kini melebarkan  sayapnya dengan membuka sebuah lagi cawangan baru butik Binqareem di Plaza A...
Zaman sekarang nak cari kerja punyalah susah. Kadang - kadang dari segi akademik tak akan menentukan kerjaya korang pada masa akan datang. Yang ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. 




Jadi bila pergi dengar taklimat sebuah portal untuk mencari kerja, QWORK rasa macam peluang untuk mencari kerja tu lebih besar. Manakan tidak, jika sebelum ini kita hanya mendengar sewaktu interview atau hebahan kebanyakannya nak mencari yang sudah berpengalaman




Dengan QWORK, akademik dan pengalaman turut dipentingkan. Namun begitu, salah satu aspek yang mereka tonjolkan adalah skill yang terdapat pada calon yang ingin mencari kerja. Jadi kepada majikan yang ingin mencari pekerja, QWORK akan highlight kan kepada majikan yang individu di bawah mereka diperakui mempunyai skill yang diperolehi mereka masing - masing 




Macam mana QWORK berfungsi? Aku pasti korang pernah apply kerja dekat laman web yang lain.Basically, dia sama je - portal untuk menyuai padankan pekerjaan . Namun menyedari akan kekangan yang dihadapi masa kini , QWORK telah menemui jalan pintas dengan mewujudkan beberapa fungsi yang sangat friendly. Antara nya adalah 




- Daftar di qwork.my dengan secara percuma. Majikan yang ingin mencari pekerja, mereka hanya perlu menaip kemahiran yang diperlukan dan mungkin korang adalah salah seorang mereka yang bertuah


-  Jika korang mempunyai prestasi yang baik, korang akan dapat 'review' yang terbaik anda dari majikan yang lepas di platform QWORK. Review ini penting bagi  majikan yang ingin cari pekerja yang terbaik. Jadi jika mereka inginkan yang berpengalaman, of course review ini membantu! 


- Interview secara maya! Dengan QWORK mereka turut memudahkan kedua - dua pihak dengan interview secara maya. Korang just hantar video pengenalan korang di platform ini, dan majikan akan tengok  video korang dan mungkin korang akan diambil bekerja. Mudah untuk kedua - dua pihak !


- Korang lulusan A? Tapi nak kerja di bahagian B? boleh je sebab itulah skill diperlukan dan QWORK akan membantu korang



Cumanya di QWORK ini, korang kena ingat walaupun korang dah pernah kerja di pelbagai tempat, tetapi jika tidak ada pengakuan atau approval dari majikan sebelum korang akan tetap dikira sebagai newbie yang ingin mencari pekerjaan 




So kalau korang dah daftar di QWORK, dan korang banyak dapat job dari portal ini, level korang akan naik dari Renown ke ACE. so senang lah kalau nak demand gaji kan



Selain itu, ada juga QUBE, projek yang akan ada di dalam QWORK. Ianya direka khas untuk memperkasakan kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja untuk pusat pembangunan Remaja. Program 'Get-Skilled-Get-Employed' akan dibantu oleh QWORK untuk menyediakan resume korang sebelum diserahkan kepada mana-mana organisasi yang berkaitan.



Secara keseluruhan, aku rasa QWORK ini bermanfaat untuk membantu korang di luar sana mencari pekerjaan dengan mudah especially untuk Gen Y. Aku nak cakap details pun tak boleh sebab masih baru dengan portal ini.For sure aku akan give a try! Mana tau rezeki kan? Jom cari kerja di QWORK



Website: www.qwork.my
Facebook: Qwork Malaysia
Instagram: @qwork.my
Twitter: @QworkMY

Jom Cari Kerja Di QWORK

by on 26.3.17
Zaman sekarang nak cari kerja punyalah susah. Kadang - kadang dari segi akademik tak akan menentukan kerjaya korang pada masa akan datang....
Siapa yang duduk di area Titiwangsa, Kuala Lumpur dan ingin mencari tempat makan makanan melayu korang boleh cuba makan di Restoran Terapung D'Saji KL Titiwangsa




Aku berani bet la ramai sebenarnya nak cari tempat makan sedap di Kuala Lumpur tapi susah nak jumpa kan? At last mamak juga LOL. Memandangkan aku dah share ni korang bolehlah cuba makan dekat sini. Komen aku bila makan dekat sini - sedap! Bukan sebab aku dibayar ke ataupun ayah aku punya restoran ke apa, tapi jujur cakap sedap weh. Haritu nak cuba dia punya daging salai which is my favourite, habis weh. Hampa sekejap hahaah



Bukan setakat daging salai masak lemak dengan pucuk paku je ada dekat sini. Pelbagai makanan melayu asli ada dekat sini termasuklah juadah yang susah nak jumpa sekarang. Antaranya adalah Gulai Kawah Kambing , Masak Lemak Telur Itik, Asam Pedas Ikan Pari, Singgang Daging, ubi dan pisang rebus dan banyak lagi. 











Sekarang ni tengah ada promosi tau untuk menikmati lunch disini. Harga asal untuk makanan buffet disini adalah RM 38+ seorang. Tetapi promosi terkini adalah RM29+ yang bagi aku amat berpatutan dengan tersedia lebih dari 50 jenis makanan. Promosi ini sehingga sebelum ramadhan je tau. better cepat 




Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang terletak di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur ini cantik tau sebab dia berkonsepkan restoran terapung di atas tasik





Malah kalau korang makan malam disini, bukan sahaja panoramanya yang cantik tetapi korang akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan "Gala Dinner & Cultural Show" yang dipersembahkan setiap hari untuk para pengunjung 




Untuk menikmati makan malam buffet disini, harganya adalah RM45+ berbanding RM62+.Promosi weh! 




Kalau rasa nak makan steamboat atau grilled BBQ , turut disediakan disini. Korang kena try juga Kuey Teow Kambing dia. Dengar cerita sedap. Aku tak makan kambing so tak boleh nak komen





Restoran makanan melayu ini juga terkenal dengan khidmat katering nya . Menawarkan pakej perkahwinan bermula dari RM25.00+ per pax untuk jumlah tempahan minima 500 pax dan juga pakej untuk majlis keraian yang lain. Di restoran ini terdapat dewan banquet yang boleh memuatkan 500 orang, bilik seminar 320 orang, teres terbuka 450 orang dan bilik Mayor Lounge Room seramai 70 orang. Restoran ini juga sedia menerima tempahan lebih dari satu majlis untuk satu-satu masa. 






Bagi pasangan mempelai, nak rare?  kemudahan istimewa helicopter dan kereta kuda juga boleh ditempah di sini untuk menyerikan lagi majlis bahagia dan mengabadikan kenangan indah korang. Bagi majlis-majlis keraian lain seperti majlis hari jadi, Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga menyediakan perkhidmatan maskot untuk menyerikan lagi majlis.




Berita baik untuk korang yang bernama Manisah.20 orang yang pertama bernama MANISAH  boleh datang kesini untuk menikmati juadah Malay Authentic Buffet Lunch secara PERCUMA pada 23 Mac 2017 hingga 31 Mac 2017. Tolong beritahu kawan-kawan korang yang bernama MANISAH (Sila tunjuk ic nanti untuk pengesahan di kaunter juruwang)




Untuk  maklumat lanjut mengenai“ Malay Authentic Buffet Lunch” ini, korang boleh  contact  Pegawai  Perhubungan  Awam  dan  Pemasaran  Felda  D’ Saji Restaurant & Café Sdb Bhd,  Encik  Izzuddin Md Darus di  talian  03-40210098 atau email  ke dsajikltitiwangsa@felda.net.my




p/s : Tak sabar tunggu promosi Ramadhan RestoranTerapung D'Saji KL Titiwangsa 

RestoranTerapung D'Saji KL Titiwangsa Menyediakan Makanan Melayu Asli Yang Sedap!

by on 23.3.17
Siapa yang duduk di area Titiwangsa, Kuala Lumpur dan ingin mencari tempat makan makanan melayu korang boleh cuba makan di Restoran Terap...