8 Perkara Untuk Pembeli Rumah di Pulau Pinang
8 Perkara Untuk Pembeli Rumah di Pulau Pinang
Jika korang sukakan suasana yang tenang dan damai, Pulau Pinang mungkin adalah pilihan yang tepat untuk korang. Dengan pemandangan yang menakjubkan, korang boleh menenangkan minda dan melarikan diri dari kesibukan kota, dengan tiada kesesakan di jalan raya, di sinilah naluri membeli rumah korang perlu dibuka.
Jika korang serius mahu berpindah ke Pulau Pinang, berikut adalah tip yang korang boleh ikut.
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan
1. Ia memakan duit. Menurut The Malaysian Insider, harga hartanah di Pulau Pinang adalah kira- kira lima kali lebih tinggi dari kadar pendapatan purata setempat. Ini bermakna korang perlu betul- betul bersedia sebelum mula dengan langkah seterusnya. Jika korang ada menyimpan, korang perlu buat carian berkenaan pilihan kewangan yang ada untuk memastikan korang layak Banyak lagi pilihan lain untuk membuat pinjaman selain bank. Pastikan korang buat kajian dahulu sebelum membuat keputusan.
2. Sejarah kredit korang adalah sangat penting. Institusi pinjaman akan meneliti kewangan korang dengan teliti. Jika korang ada sejarah kredit yang teruk - hutang kad kredit yang banyak, pinjaman yang tidak dibayar, dan lain -lain - ucapkan selamat tinggal pada pinjaman korang. Walaupun korang ada pilihan lain, korang mungkin akan dikenakan faedah yang tinggi.
Ini disebabkan sejarah kredit korang menentukan polisi risiko korang. Untuk mengelakkan perkara ini, buat apa saja yang boleh untuk memastikan rekod kredit korang bersih. Pastikan juga maklumat yang korang ada itu tepat. Maklumat yang salah boleh menyebabkan pinjaman korang ditangguhkan dan melambatkan proses.
3. Ukur baju di badan sendiri. Teliti kemampuan kewangan korang. Teliti dengan halus dan tajam. Ketahui berapa yang korang mampu bayar. Ketahui juga berapa peruntukan yang korang ada. Kemudian cari rumah di Pulau Pinang yang berada dalam kemampuan korang. Tiada guna untuk korang mencari rumah yang di luar kemampuan korang.
Ia hanya membazir masa dan korang cuma menurut nafsu sahaja dengan membeli rumah yang berada di luar kemampuan korang. Dengan mencari rumah yang korang mampu, korang tidak perlu bergelut dengan keputusan pembelian jika korang membeli rumah yang di luar kemampuan korang.
4. Pilih yang mudah, bak kata The Malay Mail Online. Jika korang terpaksa memilih di antara membeli rumah di bandar- di lokasi utama- dengan bayaran lebih mahal daripada membeli di - kawasan yang terletak dua atau tiga jam daripada bandar - dengan harga yang lebih rendah, manakah pilihan korang? Kebanyakan orang, yang tidak pernah nampak akan kelebihan membeli rumah, tidak kisah akan lokasi rumah.
Tetapi itu fikiran yang salah. Korang perlu pertimbangkan kemudahan, masa perjalanan, tekanan semasa bergerak. Jadi pilihlah pilihan yang memudahkan. Ia pelaburan yang sangat baik untuk masa depan. Jika korang pilih rumah yang lebih murah, bersedialah untuk keluarkan duit lebih untuk bergerak dan jangan lupa masa dan tenaga yang perlu digunakan.
5. Gunakan pencari hartanah dengan sebaiknya. Untuk membuat carian terbaik, pergi ke enjin carian atas talian. Mencari property for sale dalam Penang dengan Property Guru adalah sangat mudah. Laman web hartanah seperti ini biasanya sangat mudah dan tidak banyak masalah. Untuk mereka yang ingin membeli rumah, ini adalah alat yang baik untuk digunakan.
6. Baca perjanjian dengan teliti. Pastikan korang tahu apa yang perlu sebelum memeterai perjanjian, ini termasuklah membaca dengan teliti perjanjian akhir korang. Bantah apa sahaja terma dan syarat yang nampak mencurigakan. Dapatkan penjelasan sekiranya ada yang tidak korang fahami dengan terperinci. Semakin korang faham berkenaan akibat perundangan perjanjian, semakin baik keputusan korang.
7. Bebas daripada hutang. Jika korang masih bergelut dengan hutang, buat sesuatu untuk keluar dari belenggu itu. Cari peluang pendapatan lain supaya korang boleh melangsaikan hutang korangdengan lebih cepat. Bila korang membeli rumah, adalah baik untuk korang mulakan dengan rekod bersih. Dengan hutang yang masih ada, kewangan korang akan terjejas. Jadi langsaikan hutang korang dahulu. Kemudian barulah berfikir untuk membeli rumah.
8. Pastikan korang sukakan rumah korang. Walaupun kemampuan kewangan sangat mempengaruhi rumah yang korang boleh beli, pastikan korang pilih rumah yang korang suka. Jika tiada yang menarik pada pandangan mata, lihatlah lebih daripada tatarias yang ada. Hargai asas binaan yang baik. Korang tidak perlu ada mahligai untuk mula menyukai rumah korang. Korang cuma perlu bayangkan korang di ruang tersebut untuk merasa korang berada di rumah.
Kesimpulan
Pembelian rumah sangat memeningkan, tapi tiada sebab untuk korang kelam-kabut. Dengan alat yang betul dan kesabaran yang tinggi korang boleh mencari rumah ideal korang di Pulau Pinang.
1 comment:
Nice Blog. Thanks for sharing this useful information. Penang Property for sale
Post a Comment