Steamboat Murah Di Shah Alam
Buat penggemar steamboat terutamanya yang duduk di Shah Alam dan kawasan sekitar mesti mencari Steamboat Murah di Shah Alam
Kebanyakkan penduduk Shah Alam mesti tahu mengenai D'Kayangan Steamboat yang terletak di Seksyen 13 , Shah Alam. Buat korang yang nak ke sini. landmark nya senang sahaja.cuma cari Acapella Apartment kerana restoran ini betul - betul terletak di bawah apartment tersebut.
Menariknya disini adalah mengenai konsepnya dimana konsep restoran ini 2+1, grill, dan steamboat yang disediakan secara buffet. Dengan satu harga untuk seorang korang boleh makan sampai kenyang. Malah kambing bakar pun ada dekat sini.
Pelbagai pilihan makanan laut dan bebola seperti ketam, udang segar, potongan ikan, filet, ayam, daging dan banyak lagi disediakan setiap hari. Bukan itu sahaja, aneka minuman percuma sejuk atau panas, buah-buahan, aneka kek, aiskrim dan ais batu campur (ABC) juga boleh dapatkan disini. Pendek kata segalanya ada disini !
Sup rebusan pula korang boleh pilih antara tomyam ataupun sup ayam
Menu - menu disini disediakan oleh Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong.
Antara Jenis- jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut.
Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi. Chef Shahnizam yang arif tentang rasa makanan telah membuat pembaharuan dengan menggunakan masakan stail Cina dan India didalam bahan-bahan perapannya.
But too bad, hampir kesemua menu di atas takde time kiteorang pergi haritu. Adakah kehabisan stok? Kecewa kejap lol
Dengar cerita beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan
ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ dan juga produk baru daripada Icy Moonster sebagai pencuci mulut.
Sebenarnya ini adalah kali keempat aku kesini, tapi this time macam agak mengecewakan sebab menu macam banyak takde.
Anyway bagi aku harga disini berpatutan iaitu hanya RM 33.00 (net) bagi dewasa dan RM 18.00 (net) bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
Hari Isnin hingga khamis pula ( tidak termasuk cuti umum) RM 28.90 untuk dewasa dan RM 12.00 untuk kanak-kanak
Menariknya lagi Bermulanya pada April tahun lepas , setiap hari Ahad, restoran ini membuat “Sunday Family Day” bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang dimana harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah RM 22.90 net bagi dewasa dan RM9.90 net bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun.
Voucher ‘8+2’ ditawarkan kepada korang yang berbelanja lebih RM 150.00 di restoran steamboat D'Kayangan . Korang boleh tebus voucher tersebut untuk sesi lawatan yang seterusnya.
So jangan lupa untuk menikmati steamboat disini!
Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM33.00
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM18.00
Setiap Isnin - Khamis (Tidak Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM28.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM12.00
'Sunday Family Day' - Setiap Ahad 11.00 Pagi - 3.00 Petang
DEWASA - RM22.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM9.90
Waktu Operasi D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Isnin - Sabtu : 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Ahad : 12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam
Alamat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook Page Rasmi - Facebook Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Instagram - @dkayangansteamboat
Untuk tempahan, sila hubungi :
012-2971091
017-5076274
03-55234979
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
5 comments:
Dah lama tak merasa steamboat. Terliur juga bila tgk gambar2 tu.
Btw, follow sini & jemput singgah blog baru sy.
https://ariazir.blogspot.my/
wowowooooo byknye pilihan yg ada kat sini.. Tapi syg jao sgt.. hehe
Salam perkenalan..blogwalking, done follow blog ini dan klik iklan menarik di sini.:)
boleh try nih! tq share~
tak pernah datang lagi tempat ni sebab jauh.. huhuhu
Post a Comment