Makanan Halal Di Taiwan
Siapa pernah mengimpikan
untuk pergi bercuti di Taiwan? Kalau
Ya ini berita baik untuk korang sebab AirAsiaGo dengar cerita sedang mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pelancongan pilihan bagi 2017. Kalau nak tahu, korang
kena baca sampai habis
Bercakap mengenai Taiwan,
mesti korang akan terfikir senang ke untuk mencari makanan halal di Taiwan? Jawapannya mudah! Sebabnya pengalaman ke
Taiwan baru – baru ini aku tidak mengalami kesukaran untuk mencari makanan
halal. Malah kebanyakan tempat seperti di Yilan dan Taipei mempunyai beberapa
restoran dan hotel yang mempunyai konsep halal.
Disini aku senaraikan
restoran makanan halal di Taiwan yang sempat aku jelajah dan survey
Yilan
1. Shangri
- La Leisure Farming
Bukan
sekadar hotel biasa, kerana hotel ini turut menyediakan restoran halal. Mereka
turut peka dengan sensitiviti muslim yang menitik beratkan isu makanan. Disini
mereka telah menyediakan menu khas untuk pelancong yang beragama Islam dan
turut mengasingkan dapur masakan mereka. Menu nya juga sedap - sedap
belaka!
Alamat:
No.
168 Meishan Rd.,
Dongshan
Township,
Yilan
County 269,
Taiwan
Website
:
Facebook
:
2. Toucheng
Leisure Farm
Salah satu tempat kegemaran aku jika bercakap mengenai restoran halal di Yilan. Layanan mereka di sini sungguh mesra dan membuatkan rasa kekok hilang serta merta. Restoran di sini diiktiraf sebagai halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association dan menu disini sedap!
Malah disini juga disediakan ruangan solat yang berasingan
untuk lelaki dan perempuan yang begitu besar sesuai untuk sembahyang berjemaah.
Jujur aku cakap , aku sukakan konsep mereka yang begitu prihatin dengan pelancong muslim. Jika ke sini jangan lupa untuk explore kemudahan disini yang begitu unik .
Jujur aku cakap , aku sukakan konsep mereka yang begitu prihatin dengan pelancong muslim. Jika ke sini jangan lupa untuk explore kemudahan disini yang begitu unik .
Toucheng Leisure Farm
Alamat:
125 Ken Hsin Road,
Toucheng, 261 YIlan,
Taiwan
Facebook :
Website :
3. Mushroom Pot Organic Restaurant
Boleh dikatakan rata - rata orang di
sini ramah belaka. Kunjungan ke Mushroom Pot Organic Restaurant juga tidak
dirancang. Apabila mereka mengetahui kunjungan aku kesini, lantas peluang diambil oleh Mushroom Pot Organic Restaurant untuk memperkenalkan restoran
mereka. Buat korang yang sukakan sayuran dan makanan yang segar,
aku cadangkan korang untuk kesini dan
mencuba sendiri keenakannnya.
Malah aku sendiri turut berpeluang
masuk ke dalam dapur mereka untuk melihat penyediaan makanan yang berlandaskan
muslim dan halal sebagai tanda mereka turut menggalakkan pelancongan muslim
datang ke sini
Untuk pengetahuan korang, pemilik
restoran ini antara pencetus makanan muslim yang pertama di Yilan dan telah menerima beberapa
pengiktirafan atas usaha beliau. Malah di Shangri
La juga beliau yang
memulakan konsep makanan muslim ini.
Facebook :
Haoke Sanshing B&B
Apa kata korang menginap terus disini?
Selain B&B yang begitu selesa, Haoke Sanshing juga mengamalkan sistem
muslim friendly dimana mereka turut menyediakan makanan dan dapur khas untuk
muslim dengan mengasingkannya.
Malah ketika aku menginap disini, kelihatan sebuah keluarga dari Indonesia turut menginap disini. Ternyata Haoke Sanshing sudah dikenali ramai khususnya buat pelancong muslim
Malah ketika aku menginap disini, kelihatan sebuah keluarga dari Indonesia turut menginap disini. Ternyata Haoke Sanshing sudah dikenali ramai khususnya buat pelancong muslim
Website :
Jika korang ingin mencari makanan
ringan seperti mee segera atau ingin masak di Yilan,
anda boleh dapatkan bekalan makanan halal yang boleh didapati di toko indonesia
berhampiran Hospital di bandar Yilan . Di Yilan terdapat
ramai warga Indonesia yang bekerja di sini sebagai pembantu rumah dan pembantu
hotel
Taipei
Datang
ke Taiwan tak sah kalau tak mencuba Beef Noodle . So mana nak dapatkan yang
halal? Korang boleh cuba di Restoran Mi
Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen di Seksyen 4 Chunghsiao E. Road di Taipei.
Restoran
ini dikendalikan oleh seorang warga emas tempatan berusia 80-an bernama Yusuf
Ai bersama keluarganya adalah antara restoran yang menghidangkan mi daging
paling berkualiti dan enak. Bukan itu
saja, Restoran ini pernah dinobatkan
sebagai antara 10 kedai mi daging terbaik di Taipei.
Mana
tidaknya, restoran yang usianya sudah 50 tahun itu menjadi tempat kegemaran
bukan sahaja orang Islam untuk menikmati mi tersebut, malah turut menjadi
tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
Selain
itu korang boleh mencuba 'Ali Baba Indian Kitchen', 'Aaleja Pakistani' &
Indian dan 'Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant' 'Tai Huang
Restaurant', 'Tai Xiang Yun Restaurant', 'Thai Food House', dan 'Yuntai Muslim
Food'.
Banyak pilihan kan? Kalau susah sangat, korang cari je Masjid di Taipei, kawasan berhampiran pun banyak restoran dan makanan halal yang boleh diperolehi
Actually bagi muslim kalau nak travel ke mana - mana
pun kita mempunyai banyak pilihan dan masalah makanan dan sebagainya bukanlah
satu alasan untuk terus mengembara kan?
Haa untuk korang yang plan nak ke
Taiwan tu, inilah masanya. Dengar cerita musim Cherry Blossom dah hampir tiba
dan Taiwan adalah salah satu destinasi yang korang boleh tengok Cherry Blossom
ini. So dekat mana nak tengok Cherry
Blossom ni? Jangan tak tahu Taipei dan Yilan pun ada tau. Especially di Taiping
Mountain.
Aku pernah ke sana, dan sangat cantik. Kalau time tu pun dah cantik, apatah lagi kalau time Cherry Blossom ni kan? Mesti lagi cantik!!
Aku pernah ke sana, dan sangat cantik. Kalau time tu pun dah cantik, apatah lagi kalau time Cherry Blossom ni kan? Mesti lagi cantik!!
Selalunya Musim Cherry Blossoms ni
berlaku p ada hujung Februari hingga April . Jadi Taiwan mengalu –alukan
kedatangan para pelancong untuk melihat sendiri Cherry Blossoms yang tumbuh
mekar
Sempena dengan musim Cherry Blossoms
ini, AirAsiaGo menawarkan North Asia Sale yang bagi aku memang murah! Mana
tidaknya dengan bermula harga serendah RM799 per pax, korang akan dapat return
flight, penginapan 4 hari termasuklah tax ke Jepun, Taiwan ataupun Korea.
Murahkan? Jadi inilah peluang korang
untuk ke sana dengan harga penjimatan yang ditawarkan oleh AirAsiaGo. Bila
lagi nak merasa?
Korang dah boleh booking
tiket ke sana tau sebab promosi ini bermula pada 20 February sehingga
15 March 2017 sah untuk perjalanan 7
February hingga 5 May 2017. Jangan
lepaskan peluang tau! Untuk booking dan maklumat lanjut korang boleh refer link
ini https://goo.gl/tFlWnc .
Jom ke Taiwan!
3 comments:
aku masa g Taiwan, hilang 4kg dalam masa 7 hari...hahaha..bukan sbb x jmpe maknan halal tp sbb semua mhal :(
Xtahu la bila dpt g penang
bestnya... tgk gambar jer lah..
Post a Comment