Total Pageviews

Bestari English Theatre Appreciation Showcase Meriah !

Baru - baru ini telah berlangsungnya Bestari English Theatre Appreciation Showcase atau lebih dikenali sebagai BETAS yang  merupakan projek dibawah kelolaan  Jawatankuasa Kerja dan Perkembangan Kesenian dan Kreatif, Kolej Kediaman Keempat, Universiti Malaya yang mengangkat seni persembahan teater dengan memberi penekanan kepada elemen penggunaan Bahasa Inggeris dalam membuat persembahan. 



Sebenarnya aku agak terkilan sebab last minute tak dapat join disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan. Namun begitu projek yang berjalan selama dua hari ini, disertai oleh para penggiat seni persembahan teater yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dengar cerita berjalan dengan penuh lancar dan menarik perhatian ramai! Wah tahniah!




 Bermula dari pelajar sekolah rendah, seterusnya pelajar sekolah menengah, diikuti dengan pelajar peringkat universiti dan akhir sekali adalah pelakon profesional. Bagi tahun 2017, Bestari English Theatre Appreciation Showcase dianjurkan buat kesekian kalinya dan sudah pasti bakal membawakan sedikit kelainan. BETAS yang telah berlangsung pada awal bulan Februari lalu, masih menerapkan nilai serta mesej yang sama iaitu kepentingan terhadap penggunaan bahasa Inggeris lebih – lebih lagi menerusi seni pesembahan teater.




Berbekalkan azam yang tinggi, minat yang mendalam serta nilai kreativiti yang ada, BETAS 2017 telah membawakan empat buah persembahan secara berturutan yang memukau pandangan para penonton. Persembahan yang terdiri daripada pelbagai genre ini telah dipertontonkan selama 2 jam pada 7 dan 8 haribulan Februari 2017 bermula pada pukul 8 malam bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.



Kalau korang nak tahu. BETAS merupakan sepenuhnya idea asal daripada para pelajar yang merasa terpanggil untuk membawakan mesej kepada masyarakat terhadap kepentingan penggunaan bahasa Inggeris. Inspirasi yang tercetus untuk mendidik masyarakat tentang keseronokan penggunaan Bahasa Inggeris menerusi seni persembahan teater ini telahpun diterima baik oleh semua pihak, lebih – lebih lagi apabila BETAS telah dianugerahkan ‘Projek Terbaik Kolej Kediaman Keempat bagi Tahun 2016’ atas kejayaan mencapai objektifnya serta dedikasi pihak krew produksi terhadap pengurusan projek. Bangga juga sebab Pengarah Produksi ini merupakan junior aku dulu. Tahniah Irsyad! 





Pada tahun ini, BETAS berkongsi matlamat yang sama dengan salah sebuah syarikat yang cukup terkenal dalam bidang seni persembahan teater iaitu Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts. Sebuah syarikat dibawah naungan Puan Seri Tiara Jacquelina dan beliau juga merupakan perasmi bagi malam kemuncak BETAS 2017 yang telah berlangsung pada 8 Februari 2017. 

Selain daripada itu, BETAS juga telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Jabatan Pendidikan Wilayah persekutuan (JPWP) dalam menjayakan lagi projek pada tahun ini.

Dalam usaha merealisasikan tema pertunjukkan pada tahun ini iaitu “English of Future”, BETAS menampilkan barisan penggiat seni persembahan teater yang terdiri daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan Convent (II) Bukis Nanas, seterusnya para pelajar Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya, diikuti dengan para pelajar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan akhir sekali para pelakon yang mewakili The Ligthers Production. Pihak krew produksi BETAS 2017 sudah pasti berasa amat teruja membawakan sebuah malam yang penuh gilang – gemilang dengan pertunjukkan persembahan yang memberikan impak positif terhadap persepsi masyarakat.







Dengar cerita ini adalah penganjuran kali pertama persembahan teater di dalam format bahasa Inggeris, bukan di peringkat kolej sahaja malah di peringkat Universiti Malaya juga. Hebat kan? Selain daripada idea untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan penggunaan bahasa Inggeris, BETAS adalah sangat bermanfaat kerana para pelajar dapat turut sama belajar pelbagai kemahiran serta mendapatkan pendedahan terhadap tatacara pengurusan produksi teater itu sendiri.


So buat korang yang terlepas, nantikan kemunculan BETAS akan datang and for sure aku pun akan join sekali. Tahniah sekali lagi buat Irsyad dan University Malaya 

No comments: