Restoran Ini Menguasai Hampir Keseluruhan Sunway Nexis!
Mesti korang terkejut kan baca tajuk di atas? Restoran apa yang menguasai hampir keseluruhan Sunway Nexis ni? Haa sebenarnya ada maksud di atas, nak tahu kenalah baca sampai habis
1st time masuk ke sini, terpukau kejap dengan dekorasi dia yang begitu menarik. Menggunakan konsep mural hitam dan putih, setiap pengunjung yang datang ke sini pasti terpegun dengan landskap mural angkasa yang menghiasi keseluruhan restoran ini. Malah ada di antara hiasan disini merupakan air tangan pemilik restoran ini sendiri
B&Blanco yang terletak di Sunway Nexis, Damansara ini mendapat nama dari abjad perkataan Black yang dipendekkan menjadi B dan Blanco dalam bahasa Sepanyol pula bermaksud putih. Jadi apakah faktor penarik yang membuatkan korang wajib datang ke Sunway Nexis Mall mesti singgah di B&Blanco?
Berkonsepkan western ,
restoran ini bukan sahaja menawarkan sajian hidangan yang enak malah, korang
boleh create your own menu with your own style! Unik kan?
Selalunya kita melihat restoran dan café sudah mempunyai menu dan bahan mereka yang telah
ditetapkan. Berbeza pula dengan konsep di B&Blanco. Kerana korang cuma
perlu namakan menu yang korang inginkan di restoran ini, buat pilihan bahan
mengikut citarasa korang dan nikmatinya dengan penuh kepuasan. Menarik bukan?
Antara menu utama disini
adalah pasta , burger, pizza dan pastry. Pilih dan padankan sahaja menu yang
korang inginkan seperti padanan
Fettuccine bersama –sama Creamy Sauce dan Seafood hasilnya, pastinya sajian
lengkap menanti!
Buat penggemar kopi, jangan
lepaskan peluang untuk menikmati secawan Chai Latte dan minuman berasaskan kopi
disini. Kerana B&Blanco menjanjikan aroma kopi yang memukau kerana ini
adalah kepakaran mereka dalam menyediakan aneka kopi yang terbaik. Aku suka chai ni sebab ada campuran rempah. Unik sangat rasanya
Santai dan menarik! Antara
ungkapan yang boleh aku tafsirkan mengenai restoran hitam dan putih ini. Di
B&Blanco bukan sahaja korang boleh lepak santai, malah tempat ini juga
boleh dijadikan sebagai lokasi acara – acara seperti parti hari jadi dan acara
keramaian lain.
Korang boleh memilih untuk buat di dalam restoran mahupun di
luar restoran yang berkonsepkan taman di dalam shopping mall. Sebab tu aku cakap restoran ni menguasai hampir keseluruhan mall ni .
Malah sewaktu aku berkunjung kesini, kelihatan pekerja di
restoran ini sedang giat membuat persiapan untuk Majlis Hari Jadi pelanggan
mereka yang bertaraf VVIP.
Walaupun baru sahaja
bertapak pada Disember yang lalu, namun B&Blanco semakin menjadi tumpuan
dan menjadi pilihan ramai. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di
B&Blanco, Sunway Nexis. Voilà !
Alamat :
B&Blanco
Unit No.B-01-07
Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara , 47810
Petaling Jaya
Malaysia
Telefon
:
Elly Rahman
013
390 3191
Amir
016
622 1193
Facebook
: https://www.facebook.com/b99blanco
Instagram
: https://www.instagram.com/b99blanco
1 comment:
menarik... hahah macam nak try yang spagheti tu .. tolong bawa saya kesana pleaseeeeeeeeeeeeee
Post a Comment