Nur Sajat Dikecam Gara - Gara Beli Rumah Dato' Aliff Syukri
Tengok kan kepada tajuk, kedua - dua individu ini sejak kebelakangan ini sering kali diperkatakan oleh netizen. Manakan tidak pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd , Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat dihentam gara - gara ' Kuih Koci' manakala Dato' Aliff Syukri menjadi bualan kerana video beliau yang menyamar sebagai pengemis dikatakan mengundang perspektif negatif sesetengah pihak
So sekarang ni yang aku nak cakap adalah mengenai Nur Sajat Dikecam Gara - Gara Beli Rumah Dato' Aliff Syukri. Kalau korang nak tahu , baru - baru ini Dato' Aliff Syukri memuat naik gambar di Instagram beliau menyatakan rumah yang beliau duduki selama ini telah dibeli oleh Sajat
Disebabkan hal itu, Sajat dikecam dan dikatakan terlalu kaya sehingga mampu membeli rumah Dato Aliff Syukri walaupun nilainya telah dirahsiakan. Bagi aku, kalau dah seseorang tu berjaya tak salah untuk dia beli apa - apa kerana itu merupakan hasil titik peluhnya sendiri,kan?
Baru - baru ini aku sempat menemu bual Sajat mengenai pembelian banglo mewah Dato Aliff Syukri. Jujur aku cakap dari kaca mata aku sendiri Sajat merupakan seorang yang outspoken dan kelakar.,
Tidak hairanlah video beliau sering kali dikongsi dan menjadi viral gara- gara bahasa dan mulutnya yang dikatakan laser. Tapi korang kena ingat, disebalik kata - kata beliau ada benarnya dan mempunyai maksud yang tersirat
Tidak hairanlah video beliau sering kali dikongsi dan menjadi viral gara- gara bahasa dan mulutnya yang dikatakan laser. Tapi korang kena ingat, disebalik kata - kata beliau ada benarnya dan mempunyai maksud yang tersirat
Dalam masa yang sama Sajat turut berkongsi pengalaman beliau ketika susah dahulu. Jika dahulu hanya berbekalkan modal RM500 sahaja, beliau memulakan perniagaan dan membina empayar jenamanya sendiri. Ketika itu segala tohmahan , menjadi bahan tawa sering kali diterima oleh Sajat namun siapa sangka beliau dah berjaya sekarang
Jenama kosmetik Let's Cantik by Nur Sajat antara produk beliau yang pertama bermula pada 2015 dan hasilnya beliau menjadi antara jutawan muda di Malaysia hari ini. Bukan itu sahaja, kini beliau turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam
Akan datang tak lama lagi, kepada korang yang ingin belajar tips pemasaran efektif dan mendengar sendiri pengalaman Nur Sajat, beliau telah mengumumkan pada Mac ini beliau akan menganjurkan Seminar Bicara Usahawan Jutawan Muda Bersama Nursajat di seluruh negara
Dengan harga RM50 sahaja untuk lima jam termasuk makan dan minum ini dah kira gila murah! Kepada yang berminat , jangan lupa untuk membuat pembayaran sebanyak RM50 kepada
BANK RHB
NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD : 2122- 73000-5272-1
dan sertakan
NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
NOMBOR TELEFON
ke Puan Wati : 011-11938834
atau
Puan Akmal : 016 - 9888217
Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah Instagram @nursajat02 dan ikuti perkembangan beliau!
No comments:
Post a Comment