Besito's Survival Perkenal Makanan Gabungan Malaysia Dan Western
Kepada korang yang nak makan western tapi tekak nak juga makan makanan Melayu, jangan risau sebab korang boleh rasa kedua - dua nya dalam satu harga di Besito's Survival Seksyen 23 Shah Alam
Manakan tidak? Korang boleh makan Ayam Panggang dan Nasi Goreng dalam satu menu seperti Nasi Goreng Ayam Pandan
Besito's Survival yang diperkenalkan oleh Hazlan Dahlan, Firdaus M.Ali dan Megat Mohd Azhar ini pada asalnya hanya mengusahakan makanan frozen. Dek kerana minat dorang yang mendalam dunia F&B ini maka wujudlah restoran ini yang khabarnya bakal membuka satu lagi cawangan terbaru Januari ini di Seksyen 13 Shah Alam
Mesti korang tertanya kan apakah maksud Besito's? Besito' survival di ambil dari perkataan "latin" kerana dorang menyediakan makanan utama dorang dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dan dorang beranggapan para pelanggan yang makan di sini berpuas hati dan tersenyum selepas menikmati makanan dari Besito's.
"Survival" pula bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan makanan yang sihat dan terbaik.
Haa sini korang boleh dapat makanan Western & Malaysia Fusion Foods Mixed Malay, Chinese, Indian. Antara menu nya adalah
Supreme Grill/Mix Grill (5-6 orang makan)
Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan)
Abalone Mee Kasar (1-2 orang makan)
Garlic Butter Noodles Chicken Chop
Nasi Goreng Seafood Tomyam
Mee Raja Tomyam Seafood
Lamb Shack |
Aneka Minuman, favourite aku Pure Banana Shake! |
Cheese Beef Pepperoni Naan |
Bercakap mengenai Supreme Grill/Mix Grill menu ini terdiri daripada hidangan daging lembu, kambing, ayam yang dipanggang empuk bersama sos - sos istimewa Besito's disamping mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan.
Malah kesemua menu di sini boleh dikatan bersaiz L dan memang puas weh! Kalau ditanya aku, menu yang menjadi pilihan adalah Chili Crab with Mantou Bun dan Garlic Butter Noodles Chicken Chop, sedap!
So jangan lupa untuk cuba makan di sini ya!
Lokasi : No 77, Ground Floor, Jalan Pelabur B, 23/B, Seksyen 23 Shah Alam Selangor (roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)
Facebook : https://www.facebook.com/BesitosSurvivalSA/
Instagram : https://www.instagram.com/besitossurvival23/
1 comment:
Temptingnya semua makanan dia!
Post a Comment