Total Pageviews

Pengalaman Menginap di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur


Pacific Regency Hotel Diiktiraf 5 bintang! 



Sebelum ini aku datang ke sini hanya untuk menjamu selera atas jemputan pihak hotel untuk membuat food review. Kali ini diberi kesempatan untuk menginap selama 2 Hari disini bagi merasai sendiri pengalaman berada di Hotel 5 Bintang, Pacific Regency Hotel Suites  Kuala Lumpur . Serius best dan sangat selesa ! 


Terletak di Golden Triangle Kuala Lumpur 

Bercakap mengenai Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, adalah satu pilihan yang bijak dan tepat jika korang mencari hotel yang terletak  di tempat - tempat menarik sekitar Kuala Lumpur. Cakap sahaja tempat seperti KLCC, Pavilion, Quill Mall semuanya berhampiran. Malah hotel ini terletak betul - betul berhadapan dengan Menara Kuala Lumpur




Jadi jangan lepaskan peluang untuk mandi manda di kolam renang di Luna, tingkat atas berlatar belakangkan Menara Berkembar Kuala Lumpur. Dicadangkan pada waktu malam sebab sangat cantik! 

Biliknya yang luas dan besar 

Selalu pergi hotel, keluasan dan fasiliti adalah faktor utama yang dicari bagi menentukan tahap keselesaan dan kualiti bagi sesuatu bilik hotel. Bagi aku bilik yang aku dapat di Pacific Regency Hotel Suites ini sangat selesa dan berpuas hati. Nama pun 5 stars hotel kan? Mestilah sediakan yang terbaik


besar kan? 

working space yang selesa 


ada ruang untuk memasak 

Dan yang paling penting tilam dan bantalnya membuatkan tidur nyenyak. Ada je hotel yang aku pergi sebelum ini, nama je gah tapi tak selesa. Kali ini Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur berjaya menambat hati


Makan Malam Romantis di Cristallo Di Luna 

Kalau korang mencari lokasi untuk makan malam romantic di Kuala Lumpur, aku nak cadangkan Cristallo Di Luna. Cristallo yang juga bermaksud clear glass seperti kristal menyediakan set makanan yang berkualiti di tingkat 34. 







Mamat ni keje makan je hahaha 









Malah makan malam korang menjadi sangat romantis apabila ditemani limpahan kilauan lampu LED Menara Kuala Lumpur dan bangunan - bangunan di ibu kota. Sangat menarik! 

Berhampiran Monorel Dan LRT 

Jika korang fikirkan bagaimanakah hendak ke Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, jangan risau kerana terdapat pelbagai alternatif transport untuk kesini. Bagi pengguna pengangkutan awam, korang boleh je gunakan Monorel, turun di stesen Raja Chulan dan jalan kaki ke hotel lebih kurang dalam 50 meter

Manakala jika korang ingin menaiki LRT Putra agak jauh sedikit kerana stesen LRT yang berhampiran iaitu Stesen Dang Wangi terletak lebih kurang 400 meter dari hotel. Namun perjalanan ini tidaklah terasa kerana s terdapat bangunan pencakar langit menghiasi sepanjang jalan 


Promosi Terkini di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur 

Di Pacific  Regency Hotel Suites Kuala Lumpur , mereka sentiasa menawarkan promosi yang menarik. Terkini, adalah promosi krismas dan  tahun baru dimana korang boleh menikmati dinner di sini dengan harga RM150 seorang atau join splash party dengan harga RM100 





So buat korang yang mencari hotel yang menarik di Kuala Lumpur, Pacific  Regency Hotel Suites Kuala Lumpur adalah jawapannya! 


Untuk maklumat lanjut layari 


KH Tower, Jalan Punchak
Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603 2332 7777
Fax : +603 2031 2492

Facebook : https://www.facebook.com/prhskl



No comments: