Infinity Pool Di Pullman Putrajaya Kini Dibuka
Dah lama rasanya tak ke Pullman Putrajaya. Seingat aku last datang masa Ramadhan Buffet Preview dua tahun lepas. Haa lama kan? So bila datang kali ini dah banyak berubah. Terutamanya dengan penambahan Infinity Pool yang diberi nama Shimmer
Baru - baru ini aku berkesempatan untuk melihat sendiri Majlis Perasmian nya yang dilancarkan dengan penuh meriah. Malah suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara malam itu
Bagi meraikan majlis perasmian ini. pelbagai aktiviti dan persembahan turut berlangsung termasuklah persembahan flashmob dari staff Pullman Putrajaya, persembahan bunga api, badut, magicians dan banyak lagi.
Kalau korang nak tahu Shimmer Infinity Pool ini adalah kolam renang infinity yang pertama di Putrajaya. Selain infinity pool, wading pool , bar dan cafe turut dirasmikan dalam masa yang sama oleh Accorhotels Malaysia Area General Manager merangkap General Manager of the Pullman Putrajaya, Roberts Ejubs
Untungla Y.I dapat hadiah hahaha |
Sekarang ni kalau korang datang Pullman Putrajaya, ada 4 swimming pools termasuklah Infinity Pool yang terbaru ini. Bukan itu sahaja, kemudahan lain yang ada disini termasuklah 12 bilik spa, gymnasium, bilik kelab kanak - kanak, karaoke room dan 281 bilik, apartments dan suites selain seleksi 22 meeting rooms.
The Shimmer Infinity Pool ni best sebab pemandangan nya menghadap Tasik Putrajaya. Shimmer Infinity Pool, Shimmer Wading pool dan Shimmer Bar dan Café kini dibuka bermula jam 830 pagi hingga 2200 malam setiap hari
So bila datang ke Pullman Putrajaya jangan lupa untuk get wet dan relax di Shimmer Infinity Pool !
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000
Website : http://www.pullmanputrajaya.com/
2 comments:
berapa harga nie
cool giler si aznil terus masuk je dlm pool skali huhu meh lwt blog kt ada muka awk! hahahha lol
Post a Comment