Honda Civic Terbaru Layak Digelar Car Of The Year !
Buat rakan - rakan pembaca yang teringin nak pakai kereta baru atau masih samar - samar untuk membuat keputusan memilih kereta apa untuk dibeli?
Ingin aku cadangkan Honda Civic generasi ke 10 yang terbaru! Yang bestnya lagi korang akan dapat semua ciri - ciri yang ada pada kelas atau segmen D untuk harga segmen C yang bagi aku amat berbaloi
Sebab aku cakap berbaloi, baru - baru ini aku sendiri dah mencuba test - drive Honda Civic yang terbaru ini. Bukan aku sorang je cakap, rata- rata yang dah test drive pun semua cakap kereta ini memang terbaik hampir keseluruhan performance nya.
Bermula dari Aloft Hotel Kuala Lumpur - Selayang - Bentong - Putrajaya - Aloft Hotel Kuala Lumpur , hampir kesemua keadaan cuaca dan permukaan jalan telah dicuba. Baik dari highway, jalan sesak, jalan berbukit, bersimpang memang Honda Civic Generasi Ke-10 layak digelar Car of The Year!
Sebab apa aku kata Honda Civic , Car of The Year?
- Reka bentuknya yang sporty dan menarik
- Dilengkapi Lampu LED depan dan belakang
- Dilengkapi Push Start button
- Dashboard yang serba canggih
- Smart Car ibarat korang menaiki sebuah transformer
- 8 Way driver power seat
- Dilengkapi 6 AirBag sebagai ciri keselamatan
- Dilengkapi ABS
- 8 Speaker di dalam
- Lebih dari 15 ciri keselamatan dipertingkatkan
- Perjalanan jauh tidak terasa
- Sistem kedapan yang smooth
- Long lasting performance
- Energy saving
- dan banyak lagi!
Canggih kan? |
Lampu LED yang seksi! |
ruang penyimpanan yang besar |
flat chair yang luas dan selesa |
ruang kaki yang sangat luas |
tempat duduk belakang yang besar! |
Ruang A/C belakang |
Keyless! |
Malah aku sempat ke Kah Motor Selayang yang merupakan service center yang terbesar dekat Kuala Lumpur . Dari A sampai Z aku tengok dorang service kereta - kereta Honda dekat sini. Smooth, selesa dan efficient. Tapi diingatkan kalau nak service kena booking dulu, kalau nak walk-in pun boleh tapi hanya untuk jumlah yang terhad sahaja.Dan kalau ramai orang nasib laaa
steering dan kerusi akan dilapik bagi menjaga kualiti nya |
Menariknya dekat sini, sistem dia sangat sistematik, malah alat gantinya memang dibuat khas untuk produk Honda dan khidmat nasihat pun akan dorang bagi secara percuma.
Lepas daripada service centre , kiteorang ke Bentong dan membuat turn back untuk mencuba bawa Honda Civic ini di bukit. Fuhh serius cakap naik bukit smooth gila, laju je pecut.
Kadang tu bila bawa tak sedar kelajuan dah cecah 130, 150 sebab tak terasa kelajuan nya bila korang drive.
Untuk menguji kestabilan Honda Civic yang terbaru ini, kiteorang sempat menguji Vehicle Stability Assist, VSA yang dilengkapi dalam Honda Civic terbaru. Memang menyakinkan tambah lagi apabila korang hilang kawalan kenderaan.VSA ini merupakan sistem keselamatan terbaik di dalam semua kelas Honda Civic
Suka untuk aku highlight dekat sini, VSA yang menggunakan sepenuh daya sistem break , lampu LED Honda Civic akan turut berkelip bagi memberi isyarat kepada kenderaan lain . Pendek kata macam bagi amaran untuk pemandu kenderaan lain berjaga - jaga kerana kenderaan ini berada dalam kecemasan
Banyak fakta menarik yang korang perlu tahu mengenai Honda City terbaru ini. Antaranya
- Pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa pertama yang memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C
- salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif dan bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh Honda
- Enjin 1.5L VTEC Turbocharged direka menggunakan “Earth Dreams Technology” Honda menawarkan “Keseronokan Untuk Memandu” (Joy to Drive) dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.
- Kedua-dua varian Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV).
- Civic terbaharu turut menampilkan Walk Away Auto Lock, Electric Parking Brake dan Auto Brake Hold
Bercakap mengenai variasi warna pula, Civic
serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern
Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl) disamping dua warna
baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid
Pearl). Untuk makluman korang, dua warna terbaru yang ada pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain
keluaran Honda Malaysia.
Kalau ditanya aku , warna Perak, Putih Mutiara dan Dark Ruby menjadi pilihan .Seksi dan sporty! Ciri sudah, warna pun sudah. Sekarang mesti korang tertanya berapakah harga Honda Civic Terbaru ini kan?
Menyasarkan jualan 1,200 unit sebulan. Harga 3 varian Civic boleh didapati
RM113,800 untuk 1.8S (Di atas jalan termasuk insurans)
RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (Di atas jalan termasuk insurans)
RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (Di atas jalan termasuk insurans)
So tunggu apa lagi? Korang boleh pandu uji Civic serba baharu,dengan mengunjungi
mana-mana pengedar Honda terdekat
Terima kasih Honda sebab sudi bagi Honda Civic untuk kami test drive dan terima kasih juga sebab beri peluang mencuba Fly Board!! Honda Civic memang best!
Terima kasih Honda sebab sudi bagi Honda Civic untuk kami test drive dan terima kasih juga sebab beri peluang mencuba Fly Board!! Honda Civic memang best!
hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020
laman
web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my
#
# #
3 comments:
Honda Civic, mmg superb dari segenap segi weh!
cun gila kete nak. nak beli 2bijik lah nanti
mmg cantik.. brand yang high demand
Post a Comment