Total Pageviews

Berlari Di Kuala Lumpur Demi Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana

 Baru - baru ini aku berkesempatan untuk join Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana yang bermula di Pasar Seni . Cabaran ini memerlukan korang berlari, selesaikan task ala - ala macam Amazing Race tu. 




Aku bab berlari macam explorace bagai ni memang minat weh. Tak kisah la menang atau kalah tapi kepuasan dia tu semacam tambah - tambah pula Nescafe yang jemput memang tak akan lepaskan laa



Tujuan Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana ini diadakan sebenarnya bagi mempromosikan Nescafe Tarik yang terbaru. Sedap weh! Banyak juga lah aku bawa balik sampaikan bagi dekat member - member untuk mencuba Nescafe baru ini 









Bermula berlari dari Pasar Seni - Masjid Jamek - China Town - Pasar Seni balik fuhh agak mencabar. Sebabnya semua route lain - lain pastu banyak turn banyak . For sure task dia menarik! Kena bergambar, main tarian singa, mannequin challenge. Enjoy weh! 



So bila diumumkan keputusannya, tak sangka pula team aku menang tempat Ketiga. Oh by the way team aku adalah Ayue Idris Dan Kak Pora. Happening gilos dengan dorang ni! 






Apa pun kiteorang enjoy dengan Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana ini. Terima kasih Nescafe kerana menjemput kiteorang untuk join event ini .Next time ada lagi sila jemput ya!Jangan lupa untuk mencuba Nescafe Tarik yang terbaru! 

1 comment:

Mawardi yunus said...

voucer dah habis oiii buat beli luggage