Total Pageviews

Kafe Ini Menyediakan Asam Pedas Yang Terbaik Di Johor

Kalau sebelum ni korang dah baca mengenai Hotel Swiss -  Inn Johor Bahru , kali ini aku nak highlight kan mengenai Rilek The Café, kafe yang berkonsepkan food court yang terdapat dalam hotel ini




Jadi kalau korang nak cari tempat makanan menarik di Johor Bahru , Rilek The Café salah satu tempat yang aku highly recommend. So what to eat?





Untuk breakfast dan all day makan , aku wajibkan korang untuk mencuba Hainanese Toast. Roti bakar yang diimport khas dari kilang roti yang terkenal di Johor Bahru disaluti bersama lapisan mentega kaya dan telur separuh masak. Pelengkap bagi menu ini adalah secawan kopi hitam yang sangat enak. First time aku cuba, hrmm terharu sebab sedap sangat. Ikutkan nak tapau satu lagi, tapi segan kehkehkeh



Dah datang ke Hotel Swiss -  Inn Johor Bahru tak sah kalau tak pekena Asam Pedas Bandar Maharani yang telah memenangi Swiss Garden International Culinary Challenge 2016 baru – baru ini. So apa yang lain nya? Kuah nya pekat, pedas dan cukup rasa! Didatangkan dengan pilihan udang , ikan merah ataupun ekor, menu ini sentiasa mendapat tempat dalam hati setiap pengunjung yang merasainya

To be honest, aku tak makan ikan,tapi selepas dipaksa makan sikit, Aku rasa macam tertarik pulak, sebab takde rasa hanyir ikan langsung malah ada la beberapa kali aku hirup kuah dia sebab sedap. Yang aku cuba adalah Asam Pedas Ikan Merah 




Sekarang ni ada promo tau yang aku rasa murah dan berbaloi untuk mencuba pekena Asam Pedas Bandar Maharani. Dengan harga RM 25 untuk dua orang makan, korang bakal mendapat satu set  Asam Pedas Bandar Maharani yang didatangkan bersama dua ketul ikan .  Sebagai complimentary, nasi putih, ulam – ulaman dan telur dadar turut dihidangkan bersama secara percuma

So masa makan baru - baru ini, banyak juga menu yang terbaik di Swiss - Inn Johor Bahru sempat aku cuba antaranya adalah 


Chiang Mai Prawn 


Gulai Lemak Ayam 


Home made patty burger 


dan minuman ini adalah 3 colour drink . 3 Jus berlainan! 



Toast With Ice Cream sebagai dessert! 



Selain menu di atas korang kena cuba roti canai dia yang marvellous, fresh juice dalam botol  dan Subway Sandwich yang korang boleh buat sendiri ! 

Untuk menikmati menu  Asam Pedas Bandar Maharani ianya boleh didapati daripada jam 12 tengahari sehingga 10.30 malam

Bagi makan malam pula, adalah dicadangkan untuk korang mengambil set dinner yang bermula pada jam 6 petang sehingga 10.30 malam


Harga pakej bermula  untuk dua orang makan sehinggalah 6 orang makan yang bermula dari RM68 hingga RM178

Staff Rilek The cafe yang sedia menanti korang! 


Sangat berbaloi tau! So untuk tempahan dan pertanyaan mengenai menu – menu ini korang boleh contact

Tel : +607 218 3333 EXT 3351
+60 17 283 5226 Hakim
Instagram : rilekthecafe / #rilekthecafe 

1 comment:

Unni anje said...

wah.. asam pedas tu memang Nampak myelerahkan.. xtau bila la dpt sampai johor..

btw salam BW