Kafe Ini Menyediakan Asam Pedas Yang Terbaik Di Johor
Kalau sebelum ni korang dah baca mengenai Hotel Swiss - Inn
Johor Bahru , kali ini aku nak highlight kan mengenai Rilek The Café, kafe yang
berkonsepkan food court yang terdapat dalam hotel ini
Jadi kalau korang nak cari tempat makanan menarik di Johor Bahru
, Rilek The Café salah satu tempat yang aku highly recommend. So what to eat?
Untuk breakfast dan all day makan , aku wajibkan korang
untuk mencuba Hainanese Toast. Roti bakar yang diimport khas dari kilang
roti yang terkenal di Johor Bahru disaluti bersama lapisan mentega kaya dan
telur separuh masak. Pelengkap bagi menu ini adalah secawan kopi hitam yang
sangat enak. First time aku cuba, hrmm terharu sebab sedap sangat. Ikutkan nak
tapau satu lagi, tapi segan kehkehkeh
Dah datang ke Hotel Swiss - Inn Johor Bahru tak sah kalau tak
pekena Asam Pedas Bandar Maharani yang telah memenangi Swiss Garden
International Culinary Challenge 2016 baru – baru ini. So apa yang lain nya?
Kuah nya pekat, pedas dan cukup rasa! Didatangkan dengan pilihan udang , ikan
merah ataupun ekor, menu ini sentiasa mendapat tempat dalam hati setiap
pengunjung yang merasainya
To be honest, aku tak makan ikan,tapi selepas dipaksa makan sikit, Aku rasa macam tertarik pulak, sebab takde rasa hanyir ikan langsung malah ada
la beberapa kali aku hirup kuah dia sebab sedap. Yang aku cuba adalah Asam Pedas Ikan Merah
Sekarang ni ada promo tau yang aku rasa murah dan berbaloi
untuk mencuba pekena Asam Pedas Bandar Maharani. Dengan harga RM 25 untuk dua
orang makan, korang bakal mendapat satu set Asam Pedas Bandar Maharani yang
didatangkan bersama dua ketul ikan .
Sebagai complimentary, nasi putih, ulam – ulaman dan telur dadar turut
dihidangkan bersama secara percuma
So masa makan baru - baru ini, banyak juga menu yang terbaik di Swiss - Inn Johor Bahru sempat aku cuba antaranya adalah
Chiang Mai Prawn
Gulai Lemak Ayam
Home made patty burger
dan minuman ini adalah 3 colour drink . 3 Jus berlainan!
Toast With Ice Cream sebagai dessert!
Selain menu di atas korang kena cuba roti canai dia yang marvellous, fresh juice dalam botol dan Subway Sandwich yang korang boleh buat sendiri !
Untuk menikmati menu
Asam Pedas Bandar Maharani ianya boleh didapati daripada jam 12
tengahari sehingga 10.30 malam
Bagi makan malam pula, adalah dicadangkan untuk korang
mengambil set dinner yang bermula pada jam 6 petang sehingga 10.30 malam
Harga pakej bermula
untuk dua orang makan sehinggalah 6 orang makan yang bermula dari RM68
hingga RM178
Staff Rilek The cafe yang sedia menanti korang! |
Sangat berbaloi tau! So untuk tempahan dan pertanyaan
mengenai menu – menu ini korang boleh contact
Tel : +607 218 3333 EXT 3351
+60 17 283 5226 Hakim
Instagram : rilekthecafe / #rilekthecafe
1 comment:
wah.. asam pedas tu memang Nampak myelerahkan.. xtau bila la dpt sampai johor..
btw salam BW
Post a Comment