Hotel Pilihan Di Singapura
Bercakap mengenai hotel ,mesti korang akan pilih yang convenience selain dari harganya yang berpatutan. Kali ini aku nak share dengan korang mengenai hotel pilihan di Singapura yang aku pergi baru - baru ini. Concorde Hotel Singapore menjadi pilihan. Nak tahu kenapa? Korang kenalah baca sampai habis
Sebenarnya aku datang ke Singapore ni secara tak sengaja kes silap beli tiket flight. LOL . Aku pilih Concorde Singapore ni sebabnya dia senang access dengan semua tempat. So bila dah lepas imigresen Singapore, terus aku naik bas menuju ke woodlands. Tapi sebab terleka, aku terlajak ke Marsiling, Mujur dekat sini ada MRT.
So daripada MRT Marsiling , terus ke stesen Somerset. Sebabnya Concorde Singapore terletak di Orchard Road, tapi stesen berdekatan adalah Somerset.
Dari stesen ni ke hotel korang kena berjalan kaki lebih kurang 5 minit, sederet dengan shopping mall yang terkenal.
Singapore Visitor Centre ni satu baris je dengan Concorde Singapore, kalau nampak landmark ni, dekat dah la tu |
Kalau korang stay dekat Concorde Hotel Singapore ni, tak jadi masalah sebab mall depan, bawah , tepi hotel je. Sangat mudah!
Dekat Concorde Singapore ni, ada banyak jenis bilik, so bilik aku adalah Premier Club Room dimana sangat banyak faedahnya . Antaranya adalah
- korang dapat all access ke semua fasiliti dalam Concorde Singapore
- Evening cocktails disediakan secara percuma di Premier Lounge dari jam 6-8 malam
- DVD untuk korang tengok ! * based on request
- Complimentary Mini bar, laundry , shoe shine service, mineral water
- Korang boleh pilih nak sarapan di mana - mana cafe
- Boleh lepak sampai lebam dan makan puas - puas dekat Premier Lounge
Tak cukup dengan itu , setiap kesemua guest room dibekalkan smartphone yang digelar Handy phone untuk disewa yang complete dengan internet dan panggilan tanpa had secara percuma, Korang boleh bawa phone ni kemana sahaja sebagai panduan di Singapore.
So takperlukan map secara manual lagi kan, sebab dah ada GPS di dalamnya. Disini juga, korang boleh download newspaper dam magazine lebih dari 5000 publication yang berbagai bahasa di lebih 100 negara
Tak hairanlah jika Concorde Hotel Singapore ini menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan seperti 2016 Trip advisor Certificate of Excellence , Outstanding Individual Award from the National Safety and Security Watch ( NSSWG) , Best Wedding Setting Venue Award 2016 dan Best Wedding package, privileges award 2016
Concorde Hotel Singapore best!
Untuk maklumat lanjut
Concorde Hotel Singapore
100 Orchard Road
Singapore 238840
Instagram : @concordehotelsg
Website : www.concordehotel.com.sg
4 comments:
BESTNYA !!!BILA LA DPT DTG SINI
wow ! boleh silap beli tiket flight ? kalau SN silap beli air je.. hehehe
boleh cuba hotel ini kalau ke singapore lagi.
Nice blog.
www.liahasty.com
#blogwalking
wow best giler hotel ni. last year aku pergi singapore, dok hotel bajet je.
Post a Comment