Total Pageviews

Tempat Menarik Di Perlis


Baru  - baru ini aku berkesempatan untuk berkunjung ke Perlis bagi menjayakan trip  Perlis Nature ' A Sneak Preview' anjuran Tourism Malaysia Perlis. Trip kali ini disertai media, tour guide, dan agensi - agensi yang terlibat. 

Walapun pernah ke Perlis dan rumah aku sekarang bersebelahan je dengan negeri ni,tapi aku tak pernah habis explore Perlis ni. So trip kali ini aku cukup bertuah sebab dapat menjelajah ke tempat yang aku tak pernah pergi di Perlis ni 

Cakap pasal Perlis ni, mesti korang terfikir jauh bagai kan? Sekarang tak payah risau sebab ETS kan ada. Haa tau tak ETS tu apa? ETS ni singkatan nama bagi Electric Train Services






Kalau nak tau, makanan di dalam ETS merupakan katerer dari Brahim, yang juga menyediakan makanan di dalam pesawat MAS 


Mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Stesen KL Sentral ke Stesen Arau, perjalanan jauh langsung tidak terasa dengan keselesaan yang ditawarkan ETS kepada penumpangnya. Yang bestnya ada plug bawah kerusi, so bolehlah bersosial sambil tengok latest movie yang dipasang di setiap gerabak 



Kalau bercakap mengenai penginapan di Perlis pula, jangan risau, boleh je stay dekat Hotel Seri Malaysia, Kangar. Selesa dan berpatutan! 


Bukit Keteri, Perlis
Ketibaan kiteorang di Stesen Arau tepat pada jam 2.30 petang disambut mesra oleh kakitangan Tourism Malaysia Perlis  dan seterusnya menuju ke Bukit Keteri , yang turut dikenali sebagai syurga buat penggemar sukan lasak , rock climbing

Disini kelihatan beberapa orang pendaki sudah bersedia untuk menunjukkan demonstrasi rock climbing . Fuhh sekali imbas tingginya! Untuk korang yang sukakan aktiviti rock climbing, Bukit Keteri sering kali menjadi pilihan kerana ianya mempunyai pelbagai pilihan laluan untuk sampai ke puncak.



pemandangan di waktu senja di Perlis. cantik tak? 

Selain rock climbing, Gua Bukit Keteri juga menanti para pengunjung. Ruangan terbesar dalam gua Bukit Keteri ini dikatakan dapat memuatkan sebuah jet jumbo bagi mengambarkan betapa besarnya ruangan yang wujud di dalam gua ini. Nampak tak besar dia? 


Menara Pandang Wang Kelian




Sebelum ke Taman Negeri Perlis apa kata singgah sebentar di Menara Pandang Wang Kelian. Pemandangan negeri Perlis dan sempadan negara Malaysia -Thailand yang menyeluruh dan cukup indah menjadi taruhan Menara Pandang Wang Kelian apabila korang  ke sini.Cantik weh! 


Taman Negeri Perlis 

Menjanjikan ekspedisi yang penuh dengan liku - liku yang mencabar , Taman Negeri Perlis tersimpan pelbagai khazanah alam yang perlu diterokai. Terletak di sempadan Barat Negeri Perlis yang menemukan Malaysia








Sebelum masuk ke Wang Burma, pastikan kelengkapan diri korang seperti pakaian sukan, kasut yang sesuai  dan lampu suluh tersedia. Sebabnya korang perlu masuk ke dalam  perut gua yang sempit dan merentasi anak sungai di dalamnya. Kena merangkak, pastu basah tu sudah pasti. Tapi serius best giler



ni katak ke kodok? Kalau pandai tekalah 

anak labi - labi pun ada dalam gua ni


Agak mencabar, namun kepuasan menanti apabila korang dapat merasai dan melihat sendiri keunikan di dalamnya

Gua Kelam

 Gua Kelam sering kali sinonim dengan Negeri Perlis. Terletak 36 KM dari Pusat Bandar KangarGua Kelam yang dahulunya terkenal dengan lombong bijih timah yang bermutu tinggi , menjadi jalan penghubung penduduk Wang Kelian dengan penduduk Kaki Bukit. 





Jika sebelum ini , Gua Kelam ditutup kerana bah besar, kini Gua Kelam telah dibuka untuk kunjungan orang ramai.Sering kali menjadi pilihan untuk mereka yang berkeluarga beriadah disini sambil menikmati pemandangan kaki bukit yang indah.






Gua Kelam juga merupakan salah satu produk pelancongan buat mereka yang ingin melakukan aktiviti trekking dan rock climbing. Berkelah pun best!

Mencerap Bintang di Tasik Timah Tasoh

Buat penggemar dan penggiat fotografi, jangan lepaskan aktiviti mencerap bintang(starscaping) untuk dapatkan gambar milky way

Kredit Gambar : Umar Mita 

Kredit Gambar : Umar Mita 


Penerangan mengenai milky way oleh Umar Mita 


Masih ramai yang tidak tahu bahawa Tasik Timah Tasoh merupakan salah satu lokasi yang strategik di Malaysia untuk dapatkan gambar milky way yang terbaik. Sebenarnya memang dah lama aku follow Umar Mita ni, sebab gambar - gambar dia cantik dan bila orang cakap inilah orang dia. Teruja kejap. Hahaha 


 Umar Mita sendiri turut menganjurkan bengkel fotografi. Bagi korang yang berminat untuk dapatkan khidmat Umar Mita, beliau boleh dihubungi melalui 

Instagram : @UmarMita 
email : Umarmita@gmail.com 


Wang Gunung 

Ekspedisi Wang Gunung menunggu buat para pendaki dan pencinta alam. Pintu Wang Gunung dengan ketinggian 499.1M pasti memberi cabaran dan pengalaman yang baru kepada pendaki. 






Manakan tidak, satu - satunya tempat yang mempunyai banyak batu sempadan ini mempunyai 14 stesen yang penuh dengan batuan tajam dan mencabar. Namun satu kepuasan bagi korang apabila sampai ke puncak dan melihat bendera Negeri Perlis megah berkibaran






 Jangan lupa untuk rakamkan kenangan apabila tiba di atas puncak dua sempadan ini. Serius cakap, Wang Gunung ni merupakan gunung paling mencabar pernah aku daki. Mencabar gila, tapi bak kata orang bila lagi nak cuba kan? 


Bukit Manik

Menjanjikan produk pelancongan alam semula jadi Perlis, Bukit Manik turut berada dalam senarai ini. 





Merupakan salah satu bukit yang berada berhampiran Tasik Timah Tasoh, buat penggemar sukan ATV, korang boleh menaiki kenderaan lasak ini serendah RM10. 

Restoran Mee Rebus Azmi

Kalau ke Perlis , tidak akan lengkap jika  korang tidak merasai sendiri keenakan Pasembor Perlis Mee Goreng Mamak dan Nasi Arab di Restoran Mee Rebus Azmi



kredit : FB Restoran Mee Rebus Azmi 

Masakan Pemenang tempat ketiga dalam Penang International Halal Chefs Challenge 2015 ini pastinya akan membuatkan selera korang bertambah! Serius sedap gila! Rasa nak makan setalam je haaa 

Galeri Diraja Arau 






Tersimpan salasilah dan sejarah keturunan Diraja Perlis , Galeri Diraja Arau ini menghimpunkan pelbagai barangan peribadi keluarga diraja ini. 




Namun begitu. untuk masuk ke Galeri Diraja Arau ini korang perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan hanya dibuka untuk acara tertentu sahaja 


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Perlis ni yang korang boleh lawati antaranya ladang harum manis, Padang Besar dan jangan lupa nikmati Capati Arau yang sedapnya fuhhh tak dapat kat tempat lain . So orang Perlis , ampa ada cadangan lain untuk tempat menarik di Perlis

Terima Kasih 

Tourism Malaysia Perlis 
Angkatan Pertahanan Awam Perlis 
KTMB 
Hotel Seri Malaysia Kangar 
UNIC Astana Perlis 

4 comments:

Luqman Zakaria said...

Menarik dan kebanyakan aktiviti macam lasak jugaklah..hehe. Dulu duk utara tak pernah explore tempat tempat nih.

Asnawi.J said...

Menarik ni,sbb jarang dgr info trip pasal perlis

Wak Lat said...

wahh byk gak tempat menarik kat perlis negeri terkecil nih., ;p

Asyraf said...

Baiklah! :-)