Total Pageviews

SM Parfum Wangian Yang Tahan Lama

Boleh dikatakan lately ni aku banyak berkongsi dengan korang semua mengenai tips penjagaan diri bagi lelaki
Selain rambut, penjagaan diri seperti bau badan juga memainkan peranan penting bagi lelaki. Bau badan yang teruk akan menjejaskan perwatakan diri. Dan kali ini aku nak share  korang pengalaman menggunakan perfume dari SM Parfum keluaran Shah Mumtaz Collection




Ikutkan masa preview tempoh hari, kemain sejam awal aku datang walaupun motor rosak bagai sebab excited nak tengok dan cuba sendiri SM Parfum ni haa
Manakan tidak, sebelum ni hanya dengar nama dan tengok dekat online je. Hari ini berpeluang merasai sendiri menggunakan SM Parfum. Sebelum ni pun aku dengan member pun ada bercakap mengenai perfume maklumlah selain bau, kiteorang suka kumpul botol perfume



Pertama kali memakai SM Parfum ni , sampai pening kepala otak haa. Mana taknya gatal pergi sembur perfume banyak – banyak sebab ingatkan baunya tak tahan lama. Maklumlah pada mulanya ingatkan typical perfume je, yang kena sembur banyak – banyak baru lekat baunya.

Rupa – rupanya dengan SM Parfum ni cukup dengan sekali semburan sudah mewangi satu badan. Sampaikan aku terpaksa tukar baju sebab bau perfume SM Parfum ni kuat sangat


Berdasarkan pengalaman , aku yang  selalu sedia cover event kadang – kadang sampai tengah malam. Baunya masih melekat dan tahan lama, kekal sehingga 8 jam!  Sebab tu la satu semburan pun dah cukup


Bukan setakat wangi, malah kemasan produk yang didatangkan dalam botol dan di dalam kotak yang unik juga merupakan tarikan SM Parfum ni. Cuma flip kotak je , korang boleh tengok botol wangian di dalam

SM Parfum yang diambil namanya dari singkatan Shah Mumtaz  diangkat kerana bagi melambangkan  percintaan Shah Jehan dan Mumtaz yang kekal lama. Begitu jugalah dengan perfume ni  yang kekal lama



Bagi seorang travel blogger seperti aku, kemana sahaja destinasi yang aku pergi kena pastikan ada deodorant ataupun wangian yang mudah dibawa. Maklumlah kalau dah ke sana sini dan lakukan pelbagai aktiviti mesti berpeluh kan? Jadi kadang – kadang tak best bila ada bau yang kurang menyenangkan

Dengan SM Parfum, kini nak kemana sahaja lebih mudah sebab SM Parfum ini boleh dibawa ke mana sahaja , botolnya mudah di grip, travel friendly dan yang paling penting lepas pemeriksaan di Airport !

Buktinya aku dah bawa ke penerbangan domestik di Langkawi dan penerbangan International di Singapura kedua – dua nya lepas!

Eve untuk kaum Hawa 

Dan Adam untuk kaum Adam 

Wangian yang didatangkan dalam dua variasi untuk lelaki dan perempuan. Iaitu Adam bagi lelaki dan Eve bagi perempuan, SM Parfum mempunyai pelbagai koleksi lain wangian yang berinspirasikan antarabangsa. Sebagai peminat perfume, bab kandungan perfume ni memang aku expert la bagi melihat sejauh mana baunya tahan


Jadi semasa interview tempoh hari bersama pengasasnya, sengaja aku trick soalan dengan bertanyakan berapakah jumlah kandungan alcohol dan pati yang digunakan. Ternyata patinya sangat  banyak berbanding dengan perfume biasa. Sebab itulah SM Parfum tahan lama

Sebagai kesimpulan, kenapa korang kena dapatkan SM Parfum ini adalah kerana
-       Baunya kekal lama sehingga lebih dari 8 jam
-       Mempunyai pelbagai pilihan perfume berinspirasikan antarabangsa
-       Kotaknya sangat menarik
-       Boleh dibawa solat
-       Pati wangiannya lebih banyak
-       Dan banyak lagi!

Dah panjang lebar ni mesti korang tertanya berapakah harga bagi sebotol SM Parfum ni kan? Harganya cuma RM 69 dan sangat berbaloi untuk korang memilikinya. Khabarnya tak lama lagi SM Parfum bakal didatangkan dengan keluaran yang lebih variasi! Tak sabar nak tengok 
tengok kemasan kotak dia. Menarik kan! 

Tips Menggunakan SM Parfum
  1. Pastikan hanya sembur sekali sahaja memadai
  2. Sembur di kawasan seperti leher, ataupun pergelangan tangan ataupun di badan. 
  3. Jangan sesekali sembur di baju 
  4. Jangan mencampurkan SM Parfum bersama wangian lain
  5. Nak tidur yang lena? Semburkan SM Parfum pada bantal anda dan jemurkan seketika di bawah matahari . 


So, sebagai lelaki aktif, SM Parfum menjadi pilihan aku. Korang bila lagi?
 Kalau korang berminat untuk mendapatkan produk ini atau nak jadi agen dan stokis jangan lupa untuk keep in touch dengan Shah Mumtaz Parfum:
Facebook: Shah Mumtaz Collection
Instagram: Shah Mumtaz Collection
Phone: 012 5566 949 / 017 3344 818
Email: shahmumtazcollection@gmail.com

No comments: