Rizq Islamic School Sekolah Tahfiz Pertama Di Asean Bertaraf Antarabangsa
Tak ramai yang tahu sebenarnya aku kelulusan perguruan dalam Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. So bila dapat tahu mengenai sekolah tahfiz antarabangsa ini, terpanggil pula aku rasa nak review Rizq Islamic School , sekolah tahfiz antarabangsa yang viral baru - baru ini
Bercakap mengenai sekolah tahfiz, aku berani bet la korang mesti akan fikirkan sekolah pondok, jauh dalam hutan ataupun luar bandar, dan kena tinggalkan anak - anak dekat sekolah kan? Aku pun fikirkan macam tu jugak bila dengar nama sekolah tahfiz ni
Tapi bila dah datang sendiri ke Rizq Islamic School ni, pemikiran aku berubah serta merta. Biar betul ni sekolah tahfiz sebab sekolah dia gempak gila! Jauh lagi maju dan hebat dari sekolah aku belajar dan mengajar. Haa nampak tak?
Padang dia guna rumput karpet okay! boleh baring lagi hahaa |
Mana taknya saat masuk ke sini, tersergam bangunan putih yang serba indah dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti padang, surau, kafe, student lounge, kantin, lab dan banyak lagi. Pendek kata semua kemudahan ada macam sekolah biasa cumanya kemudahan di Rizq Islamic School ni jauh lebih canggih dan terkini
Saat bertemu dengan pengasasnya, sengaja aku sembunyikan identiti aku sebagai seorang pendidik dan terus bertanya pelbagai soalan mengenai dunia dan sistem pendidikan yang ada di Rizq Islamic School. Ternyata sistem pendidikan yang diterapkan disini mengikut dasar sistem pendidikan negara , KSSR dan yang pasti turut mengikut sistem pendidikan terkini luar negara
locker untuk pelajar |
Dewan |
Kalau korang nak tahu, Rizq Islamic School ini terletak di Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang. Rizq Islamic School ini merupakan sekolah rendah dan sekolah tahfiz yang berdaftar secara penuh dan rasmi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Julai 2016 sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta yang bertartaf Intermational di Malaysia dan akan beroperasi secara rasmi pada Januari 2017.
Rizq Islamic School ini bakal memuatkan 300 orang pelajar , dan terdiri dari 12 orang guru yang bakal mengajar apabila sesi persekolahan pada 2017 dibuka kelak. Kenapa Rizq Islamic School ini diiktiraf sekolah tahfiz walaupun pembelajarannya seperti sekolah antarabangsa?
Walaupun sistem pendidikannya maju, namun pendidikan agama seperti
- Hafalan Al-Quran
- Tajwid
- Tafsir Al-Quran
- Adab Hamalatul Quran (Adab bersama Al-Quran)
turut diterapkan. Malah Modul Islamik yang merangkumi 5 subjek utama yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut dimuatkan dalam sistem pendidikan Rizq Islamic School
- Tauhid
- Akhlak
- Khat & Imla'
- Feqah
- Sirah
Bahasa pengantaraan disini adalah Bahasa Inggeris. Jadi kalau korang nak hantar anak -anak korang disini, nak anak korang belajar bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama mendalami ilmu agama, Rizq Islamic School adalah tempatnya
Jujur aku cakap sekolah ini antara sekolah yang maju dan kalau aku ada anak, confirm akan hantar kesini. Kenapa? Antara sebabnya adalah
- Rizq Islamic School diiktiraf oleh Ministry Of Education (MOE) . Jadi segala peperiksaan awam turut berjalan disini walaupun ianya berstatus sekolah antarabangsa
- Disebabkan sekolah ini berkembang maju, ianya telah dijadikan sebagai sekolah rasmi Yakult. Jadi para pelajar disini bakal menikmati minuman Yakult secara percuma sebagai bekalan tenaga sepanjang waktu pembelajaran
- Merupakan 1st eco school yang menggunakan konsep Go Green. Pembelajaran menggunakan Ipad dan menariknya lagi, sekolah ini bakal bernaung di bawah Apple tidak lama lagi sekaligus menjadi 1st Tahfiz School in Asean Apple Registered School .Hebat!
- Ujian Penulisan Kelas Kafa ( UPKK) turut diselitkan dalam pendidikan disini
- Terletak di lokasi yang sesuai
- Kawalan keselamatan yang terjamin
- Menyediakan khidmat tambahan, pengangkutan yang selesa untuk pelajar
- Merupakan sekolah Tahfiz yang bertaraf antarabangsa pertama di Malaysia yang telah digazetkan oleh MOE
- Menggunakan konsep floating class.Siap ada lecture hall lagi! Aku time universiti baru nak merasa weh
- Konsep playroom dan warna warni telah diketengahkan. Jadi para pelajar tidak akan merasa bosan malah akan suka untuk datang ke sekolah
gym pun ada haa |
Haa nampak tak? Kalau korang risau takut anak - anak korang belajar disini tak ikut perkembangan terkini bagai. Jangan risau sebab kat sini jauh lagi kedepan haaa
Dekat sini ada juga aktiviti kokurikulum, special lagi! Rizq Islamic School mempunyai 9 kelab yang mengikut cita - cita mereka tak lama lagi. Sebagai contoh kelab astronomi. Yang bestnya lagi, pelajar akan didedahkan bagaimana kelab itu berkembang.
Hrmm ni yang paling jeles ni. siap ada ni haa |
So untuk kelab astronomi ni, pelajar berpeluang untuk mencerap bintang, belajar mengenai periskop dan sebagainya. Kalau kita dulu, ada sesetengah kelab nama je gah,tapi aktiviti berkumpul ,kawad pastu balik hahahaaha
Jadi kalau korang ada plan untuk hantar anak - anak korang belajar dekat sini, nak tengok dengan lebih dekat sekolah ni ke, boleh je datang anytime. Kang kata aku tipu pulak kan? So better korang datang tengok sendiri
As Educator, I highly recommend this school!
Semoga manfaat ilmu di dunia dan akhirat
Laman Web:
Facebook:
Twitter:
Instagram
Google+:
Alamat:
Sekolah Islam Rizq
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Malaysia
Telefon:
+603-8912 0447
Whatsapp:
+6018-961 1615
3 comments:
Budak budak je ye ? Kalau dh besar mcm mne .. boleh gak ke :D
Oh ok....jap....tercengang bace.i feels like....what?! Awesome gile kot. dibawah naungan Apple plak tu. Serious jelez
Awas, Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page Rizq.
Post a Comment