I-City Shah Alam Ditutup ?
I-City Shah Alam yang terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam menjadi pilihan orang ramai untuk berkunjung, riadah dan sebagainya. Selalunya yang berkeluarga pasti akan bawa anak - anak dorang ke sini
Sebabnya I-City ini unik dan diterangi dengan limpahan lampu LED di sebelah malamnya. Selain itu, dalam I-City ini ada tarikan lain seperti SnoWalk, permainan indoor dan Wax Museum. Haa baru ini kecoh mengatakan yang I-City ditutup
Eh tak de la , baru ini aku pergi okay je bukak , ramai lagi orang adalah, Mungkin yang dikatakan itu mengenai Wax Museum yang ditutup sementara waktu. Tapi dah buka ye. Sebenarnya aku baru 1st time ke I-City walaupun dah lama duduk dekat Shah Alam
Kesian kan? Hahahaha terima kasih I-City sebab sudi jemput! Dalam Red Carpet Wax Museum ini tersimpan banyak patung lilin individu terkenal di seluruh dunia. Tak dapat bergambar dengan dorang, meh sini bergambar puas - puas
Red Carpet Wax Museum
Dibuka pada jam 11 pagi - 1 pagi
Tiket Masuk
MyKad - Dewasa RM 35, Kanak - Kanak RM 30
Non MyKad- Dewasa RM 50 , Kanak - Kanak RM 35
Nak Merasa suasana di Artik? Apa kata datang ke SnoWalk, sebabnya dekat sini merupakan yang pertama di South East Asia yang mempunyai suhu dan environment Arctic bawah dari 8 Darjah Celcius
Bermula Julai, dalamnya ada Angry Bird Winter Wonderland, River Nile ala - ala mesir camtu haa! Memang menarik
SnoWalk
Dibuka pada jam 11 pagi - 1 pagi
Tiket Masuk - Sebelum 6 Petang
MyKad - Dewasa RM 25, Kanak - Kanak RM 20
Non MyKad- Dewasa RM 35 , Kanak - Kanak RM 30
Tiket Masuk - Selepas 6 Petang
MyKad - Dewasa RM 35, Kanak - Kanak RM 30
Non MyKad- Dewasa RM 40 , Kanak - Kanak RM 35
Last sekali mestilah korang wajib masuk City of Digital Lights. Dekat sini korang boleh main game Disco Ride,SpaceWalk , Dessert Train dan 2-Tier Carousel
Selain itu, jangan lupa ye untuk tengok Dancing waters,persembahan water jets setinggi 40 meter sambil diiringi lampu LED dan muzik
Berita menarik untuk korang sebabnya sekarang ni korang boleh masuk City Of Digital Lights ni secara percuma dan RM20 dikenakan kalau korang nak main game dalam ni secara unlimited!
-Dibuka dari jam 5 petang sehingga 12 tengah malam
Jom ke I-City Shah Alam!
2 comments:
kita pun tak masuk lagi..hahaa
tak pernah lagi datang sini..bila ntah nak pergi area sana pon taktahu la..hehe
Post a Comment