Total Pageviews

Hotel Yang Strategik Di Johor Bahru

To be honest, hati aku macam berat nak ke selatan tanah air apatah lagi mengenangkan nasib yang ditipu oleh scammer pada tahun lepas

Baru – baru ini niat aku sebenarnya nak ke Singapura, tapi sengaja aku pilih untuk berada di Johor Bahru terlebih dahulu sebab ingin explore sendiri negeri paling selatan tanah air ni



Memandangkan aku pergi ke sana keseorangan dan ingin mencari hotel yang berada berhampiran dengan pintu sempadan, tertarik untuk aku menginap di Swiss - Inn Johor Bahru yang baru sahaja dibuka pada Januari yang lalu


Swiss - Inn Johor Bahru ini terletak di antara Jalan Syed Mohammad Mufti, iaitu di tengah – tengah Pejabat KWSP dan bangunan kerajaan yang lain. Untuk korang yang kerja kerajaan dan selalu outstation dekat Johor Bahru sesuai sangat menginap di sini


Dah tahu dekat bangunan kerajaan , kenapa pilih untuk menginap di Swiss - Inn Johor Bahru? Sengaja sebenarnya aku menginap di sini kerana memikirkan lokasinya yang sangat strategik. Begitu hampir dengan tempat – tempat menarik di Johor Bahru seperti City Square, Bazar Karat, Little India dan yang paling penting hotel yang berhampiran Complex Custom , Immigration & Quarantine ataupun lebih dikenali sebagai CIQ




Pertama kali menjejakkan kaki ke Swiss - Inn Johor Bahru ini terpegun kejap dengan dekoratifnya yang moden dan unik. Malah pada setiap tingkat di hotel ini bertemakan warna –warna yang vibrant serta mengikut buah – buahan tempatan. Unik kan?





Hotel yang berstatus 3 bintang ini mempunyai pelbagai jenis bilik sesuai dengan kehendak korang. Selain daripada Cosy Queen, Cosy Twin dan Signature Cosy 2 Bedroom , korang yang datang berkumpulan pun boleh stay ramai – ramai dalam hotel ini dengan memilih Tatami 6 yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu bilik






inilah tatami 6 yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu bilik. best nak bersembang bagai face to face je haa  



Selain itu, kemudahan di dalam hotel ini turut dilengkapi gym, meeting rooms, banquet hall dan juga café. 





Bercakap mengenai café dia, first time aku tengok hotel yang mempunyai café yang berkonsepkan food court






Nama pun Rilek The Café so bila korang datang ke sini terasa seperti dialu – alukan kerana konsepnya yang bersahaja.Lagi cerita mengenai Rilek The Café akan aku ceritakan dalam entry akan datang



Sempena cuti sekolah yang akan datang ini, ada special promo baik untuk korang haa. Dengan harga RM320, korang akan dapat dua bilik untuk 4 orang beserta breakfast . Promosi ini hanya masa terhad tau bermula 18 November ini sehingga 31 Disember. Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah sini



Tak cukup dengan itu, Swiss - Inn Johor Bahru turut menyediakan pakej ke taman tema yang ada di Johor Bahru seperti Legoland, Hello Kitty dan lain – lain lagi


So untuk tempahan dan maklumat lanjut


Swiss-Inn Johor Bahru
Lot 512, Jalan Syed Mohd Mufti, 

80000 Johor Bahru, 
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel : 607 - 218 3333   
Fax : 607 - 218 3334    

Facebook : https://www.facebook.com/SwissInnJohorBahru

                                                                               

2 comments:

Anonymous said...

Boleh tahan jugak hotel ni..

Anonymous said...

correction sir... Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ..as gazetted. hehhe