Hotel Yang Strategik Di Johor Bahru
To be honest, hati aku macam berat nak ke selatan tanah air
apatah lagi mengenangkan nasib yang ditipu oleh scammer pada tahun lepas
Baru – baru ini niat aku sebenarnya nak ke Singapura, tapi
sengaja aku pilih untuk berada di Johor Bahru terlebih dahulu sebab ingin
explore sendiri negeri paling selatan tanah air ni
Memandangkan aku pergi ke sana keseorangan dan ingin mencari
hotel yang berada berhampiran dengan pintu sempadan, tertarik untuk aku
menginap di Swiss - Inn Johor Bahru yang baru sahaja dibuka pada Januari yang
lalu
Swiss - Inn Johor Bahru ini terletak di antara Jalan Syed
Mohammad Mufti, iaitu di tengah – tengah Pejabat KWSP dan bangunan kerajaan
yang lain. Untuk korang yang kerja kerajaan dan selalu outstation dekat Johor
Bahru sesuai sangat menginap di sini
Dah tahu dekat bangunan kerajaan , kenapa pilih untuk
menginap di Swiss - Inn Johor Bahru? Sengaja sebenarnya aku menginap di sini
kerana memikirkan lokasinya yang sangat strategik. Begitu hampir dengan tempat
– tempat menarik di Johor Bahru seperti City Square, Bazar Karat, Little India
dan yang paling penting hotel yang berhampiran Complex Custom , Immigration
& Quarantine ataupun lebih dikenali sebagai CIQ
Pertama kali menjejakkan kaki ke Swiss - Inn Johor Bahru ini
terpegun kejap dengan dekoratifnya yang moden dan unik. Malah pada setiap
tingkat di hotel ini bertemakan warna –warna yang vibrant serta mengikut buah –
buahan tempatan. Unik kan?
Hotel yang berstatus 3 bintang ini mempunyai pelbagai jenis
bilik sesuai dengan kehendak korang. Selain daripada Cosy Queen, Cosy Twin dan
Signature Cosy 2 Bedroom , korang yang datang berkumpulan pun boleh stay ramai
– ramai dalam hotel ini dengan memilih Tatami 6 yang boleh memuatkan 6 orang
dalam satu bilik
inilah tatami 6 yang boleh memuatkan 6 orang dalam satu bilik. best nak bersembang bagai face to face je haa
Selain itu, kemudahan di dalam hotel ini turut dilengkapi
gym, meeting rooms, banquet hall dan juga café.
Bercakap mengenai café dia, first time aku tengok hotel yang mempunyai café yang berkonsepkan food court.
Nama pun Rilek The Café so bila korang datang ke sini terasa seperti dialu – alukan kerana konsepnya yang bersahaja.Lagi cerita mengenai Rilek The Café akan aku ceritakan dalam entry akan datang
Bercakap mengenai café dia, first time aku tengok hotel yang mempunyai café yang berkonsepkan food court.
Nama pun Rilek The Café so bila korang datang ke sini terasa seperti dialu – alukan kerana konsepnya yang bersahaja.Lagi cerita mengenai Rilek The Café akan aku ceritakan dalam entry akan datang
Sempena cuti sekolah yang akan datang ini, ada special promo
baik untuk korang haa. Dengan harga RM320, korang akan dapat dua bilik untuk 4
orang beserta breakfast . Promosi ini hanya masa terhad tau bermula 18 November
ini sehingga 31 Disember. Untuk maklumat lanjut korang boleh terjah sini
Tak cukup dengan itu, Swiss - Inn Johor Bahru turut
menyediakan pakej ke taman tema yang ada di Johor Bahru seperti Legoland, Hello
Kitty dan lain – lain lagi
So untuk tempahan dan maklumat lanjut
Swiss-Inn Johor Bahru
Lot 512, Jalan Syed Mohd
Mufti,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel : 607 - 218 3333
Fax : 607 - 218 3334
Email : reservation@sijb.swissgarden.com
Facebook : https://www.facebook.com/SwissInnJohorBahru
2 comments:
Boleh tahan jugak hotel ni..
correction sir... Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ..as gazetted. hehhe
Post a Comment